Ketika saya dan isteri saya bekerjasama untuk kali pertama dalam satu projek penulisan, tabiat berlengah-lengah saya dengan jelas telah menjadi penghalang terbesar. Peranannya adalah menyunting kerja saya dan memastikan saya menepati jadual; peranan saya pula seolah-olah membuat dia hilang akal! Pada kebanyakan masa, pengaturan dan kesabaran isteri saya telah mengatasi masalah saya yang tidak menepati tarikh akhir dan tidak mengikuti arahan.

Saya telah berjanji untuk menyiapkan beberapa penulisan dalam satu hari. Bagi jam yang pertama, saya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Saya berpuas hati dengan apa yang telah saya siapkan, maka saya pun berehat sekejap. Sebelum saya sedar, masa telah habis. Apabila saya menyedari masalah saya, lantas saya memikirkan jalan keluar. Maka saya melakukan sebahagian kerja rumah yang tidak suka dilakukan oleh isteri saya, dan saya selalu dipujinya apabila melakukannya.

Rancangan saya gagal.

Kadangkala saya bermain permainan yang sama dengan Tuhan. Dia membawa orang tertentu ke dalam kehidupan saya yang Dia ingin saya layani atau kerja-kerja yang Dia ingin saya lengkapkan. Seperti Yunus yang ingkar apabila Tuhan memberikannya satu tugas (Yunus 4:2), saya perlu mengetepikan perasaan diri saya. Saya sering mencuba untuk menarik perhatian Tuhan dengan perbuatan yang baik atau menyertai aktiviti rohani, sedangkan apa yang benar-benar diinginkan-Nya ialah ketaatan kita terhadap perintah-Nya. Sudah tentulah, rancangan saya gagal.

Adakah anda mengelakkan diri daripada melakukan tugas yang telah diberikan Tuhan secara jelas kepada anda? Percayalah saya: Kepuasan hati yang sebenar hasil daripada melakukannya dalam kekuatan dan menurut cara-Nya.