Kata-kata bapa Ravi menyiat-nyiatkan hati. “Kamu seorang yang gagal. Memalukan keluarga sahaja”. Dibandingkan dengan adik-beradiknya yang berbakat, Ravi dianggap telah membawa aib kepada keluarganya. Dia cuba menjadi cemerlang dalam sukan, dia berjaya, tetapi dia masih berasa dirinya tidak berguna. Dia tertanya-tanya, Apakah yang akan terjadi pada saya? Adakah saya orang yang betul-betul gagal? Bolehkah saya mengakhiri hidup saya, tanpa perasaan sakit? Semua fikiran tersebut menghantuinya, namun dia tidak dapat mencari sesiapa pun untuk meluahkan masalahnya. Dalam budayanya, dia diajar untuk menyimpan dan menahan perasaan sakit hati.

Jadi Ravi bergelut seorang diri. Kemudian apabila dia sedang beransur pulih di hospital selepas gagal dalam percubaan membunuh diri, seorang pelawat membawakan dia sebuah Alkitab, dan membuka Yohanes 14. Ibunya membacakan kata-kata Yesus kepada Ravi: “Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup” (Ayat 19). Mungkin inilah satu-satunya harapan saya, fikir Ravi. Cara hidup yang baharu, sebagaimana didefinisikan oleh Penulis hidup. Jadi dia pun berdoa, “Yesus, jika Engkaulah yang memberikan hidup sebagaimana Engkau janji, saya mahukannya”.

Dalam hidup, ada saat-saatnya kita berputus asa. Tetapi seperti Ravi, kita boleh memiliki harapan dalam Yesus yang berkata “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup.” (Ayat 6). Tuhan sangat ingin memberikan kita sebuah hidup yang kelimpahan dan memuaskan hati.