Seorang penasihat kewangan yang saya kenali menerangkan kebenaran tentang pelaburan wang dengan berkata, “Harapkan yang terbaik dan bersedia untuk yang terburuk”. Dalam hampir semua keputusan yang kita ambil dalam kehidupan, kita tidak dapat menentukan hasilnya. Namun satu perkara yang boleh kita ketahui, walau apa pun yang berlaku, akhirnya segala usaha yang dilakukan dengan sungguh-sungguh itu tidaklah sia-sia.

Rasul Paulus meluangkan masa selama setahun dengan para pengikut Yesus di Korintus, sebuah bandar yang penduduknya dikenali dengan keruntuhan moral. Setelah dia meninggalkan bandar itu, dia menggesa mereka melalui surat susulannya agar mereka tidak tawar hati atau berasa bahawa kesaksian hidup mereka tentang Kristus tidak bernilai. Dia menjamin bahawa suatu hari nanti, Tuhan akan kembali malah “kematian sudah dilenyapkan, dan kemenangan pun tercapai” (1 Korintus 15:52-55).

Mungkin adalah sukar untuk mengikut Yesus dengan setia, kita mungkin akan tawar hati, malah dalam keadaan yang bahaya, tetapi usaha ini tidak pernah sia-sia. Apabila kita berjalan bersama Tuhan dan memberikan kesaksian tentang kehadiran dan kuasa-Nya, hidup kita tidak sia-sia! Inilah keyakinan kita.