Projek Teks Sebaran di Universiti Northeastern di Boston, Amerika Syarikat mengkaji bagaimana kandungan yang dicetak pada tahun 1800-an tersebar menerusi surat khabar—jaringan media sosial pada ketika itu. Jika sebuah artikel dicetak kembali 50 kali atau lebih, mereka menganggapnya “tersebar luas” pada zaman industri itu. Britt Peterson yang merupakan penulis dalam majalah Smithsonian mencatat bahawa sebuah artikel akhbar kurun ke-19 menggambarkan para pengikut Yesus yang dihukum mati kerana iman mereka, telah dipaparkan dalam lebih kurang 110 penerbitan yang berlainan.

Ketika rasul Paulus menulis kepada orang Kristian di Tesalonika, dia memberi arahan kepada mereka supaya menjadi saksi Kristus yang berani dan penuh sukacita. “Berita tentang Tuhan tersebar sampai ke Makedonia dan Akhaya, kerana kamu. Orang di mana-mana sahaja juga mendengar berita tentang kepercayaan kamu kepada Allah” (1 Tesalonika 1:8). Berita Baik tersebar luas menerusi kehidupan orang yang diubah oleh Yesus Kristus. Meskipun melalui kesusahan dan penganiayaan, mereka tetap berkongsi Injil.

Kita membawa kisah pengampunan dan hidup kekal dalam Kristus melalui kebaikan hati, pertolongan, dan kata-kata jujur daripada kita sendiri yang mengenal Tuhan. Injil mengubah kita dan kehidupan orang yang kita temui.

Semoga orang lain dapat mendengar mesej itu daripada kita pada hari ini!