Hawa & Rahab

Perempuan di dalam Alkitab memberitahu banyak tentang diri kita. Walaupun zaman sudah berubah, sifat manusia tidak berubah. Dua perempuan yang berbeza seperti Hawa dan Rahab masih boleh membantu kita melihat bagaimana keputusan yang kita buat pada hari ini dapat membentuk kehidupan kita esok.

Di lembaran seterusnya, penulis guru Alkitab dan profesor Alice Mathews menunjukkan kepada kita bahawa perempuan seperti Hawa dan Rahab sangat penting kerana mereka memberitahu tentang Tuhan Kita. Dia juga menunjukkan kebenaran yang kekal bahawa dalam hikmat dan anugerah Tuhan, tiada sesiapa di antara kita yang hidup di atas kuasa keputusan atau di luar jangkauan Tuhan kita.  -Martin R. De Haan II