Maria & Marta: Menyeimbangkan Keutamaan Hidup

Alice Matthews menggunakan pengalaman hidup dan hatinya untuk membawa pandangan yang baru terhadap Firman Tuhan. Dia pernah menjadi mubaligh, isteri pastor, ibu, dan nenek. Kini, dengan gelaran doktor, dia menjadi Profesor yang berkedudukan di Seminari Gordon-Conwell.

Hanya wanita yang sibuk boleh memahami hati Marta, seorang wanita yang melakukan terlalu banyak kerja dalam Perjanjian Baru. Hanya wanita yang suka berfikir serta gemar belajar dekat kaki Tuhannya, dapat memahami hati Maria, saudara Marta.

Saya percaya bahawa Alice ialah wanita yang sedemikian rupa. Dia mengongsikan pengertiannya yang mendalam mengenai Maria dan Marta dalam halaman-halaman berikut. ——Martin R. De Haan II