Maria & Yusuf

Pada musim cuti, mungkin anda melihat cahaya di tingkap orang lain dan sedar anda sudah kehilangan semangat Krismas. Walaupun anda berusaha hidup sesuai dengan harapan orang lain, mungkin anda tiada keinginan untuk memberi hadiah lagi. Bahkan loceng gereja dan lagulagu Krismas pun membuat anda berasa bahawa Tuhan meminta lebih daripada kemampuan anda.

Jika anda berasa begitu, anda perlu melihat semula Krismas yang menakjubkan. Dalam petikan seterusnya daripada buku Windows On Christmas, penulis Bill Crowder menangkap semangat musim ini dan menunjukkan Tuhan yang telah menggerakkan syurga dan bumi, dan dua manusia, untuk memberi kita Hadiah yang terbaik. ——Martin R. De Haan II