Terma dan Syarat

NOTIS-NOTIS SAH – SILA MEMBACA SYARAT-SYARAT BERIKUT DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

SEBARANG KEMASUKAN DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB Our Daily Bread MINISTRIES (ODB) INI, TERMASUKLAH SETIAP PERKHIDMATAN ATAU MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI, SECARA KUMPULAN ATAU INDIVIDU, BERDASARKAN KEADAAN (“LAMAN”), LAMAN WEB INI HARUS DIDASARKAN TERMA DAN SYARAT YANG DIKEMUKAKAN DALAM DOKUMEN INI, SERTA AKAN DIUBAHSUAIKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH ODB (“TERMA”). ODB IALAH LAMAN WEB TALIAN BAGI Our Daily Bread MINISTRIES, PENERBIT BUKU RENUNGAN OUR DAILY BREAD. TERMA DAN SYARAT INI DIGUNAKAN BAGI SEMUA NAMA DOMAIN YANG BERKAIT DENGAN LAMAN WEB INI, TERMASUKLAH ODB.ORG, ODB.NET, DAN NAMA-NAMA DOMAIN LAIN YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN ODB MINISTRIES. DENGAN MENGAKSES, MENYALIN ATAU MENGGUNAKAN LAMAN INI, ANDA SETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA-TERMA INI. ODB BOLEH MENGUBAH TERMA-TERMA TERSEBUT DARI SEMASA KE SEMASA BERDASARKAN PERTIMBANGANNYA SENDIRI, DAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN LAMAN INI SETELAH PERUBAHAN TERSEBUT DILAKUKAN, HAL TERSEBUT MERUPAKAN BENTUK PERSETUJUAN ANDA UNTUK MEMATUHI SYARAT YANG TELAH DIUBAH TERSEBUT. JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN SYARA-SYATAR INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

  1. PENGGUNAAN LAMAN WEB SECARA UMUM

1.1 Hak cipta dan Penggunaan secara Peribadi dan Perusahaan Dalaman Sahaja. Kecuali disebutkan secara khusus, laman ini adalah penggunaan anda secara peribadi dan perusahaan dalaman sahaja. Reka bentuk Laman ini, teks serta grafik adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan peruntukan triti di seluruh dunia. Kecuali daripada keizinan Laman ini, Laman dan bahan-bahannya tidak boleh disalin, dihasilkan semula, diubah, diterbitkan, dimuat naikkan, dikirimkan, disampaikan, atau diedarkan dengan cara apa pun tanpa izin bertulis, serta dengan tegas dilarang oleh undang-undang, dan mungkin akan dijatuhkan hukuman dan denda yang berat. Pelanggar undang-undang ini akan dituntut dengan hukuman maksimum. Kecuali secara tegas disebutkan di sini, ODB tidak memberikan sebarang hak kepada anda, baik secara tersurat atau tersirat, berdasarkan hak paten, hak cipta, tanda dagangan atau informasi dagangan yang sulit.

1.2 Pautan Kepada Bahan-Bahan Lain. Pautan Laman web kami kepada laman-laman lain tidak di bawah kawalan ODB dan ODB tidak bertanggungjawab bagi kandungan kepada mana-mana laman-laman yang dipaut, atau pautan apa pun yang terkandung dalam laman tersebut. ODB memelihara hak untuk memutuskan pautan atau program pautan bila-bila masa. ODB menyediakan pautan tersebut semata-mata untuk kemudahan anda. ODB tidak mengesahkan atau menguji setiap maklumat, program, syarikat, atau produk yang ada pada laman yang dipaut. Jika anda memutuskan untuk mengakses pautan laman-laman web lain yang ada pada laman ODB, anda melakukan hal tersebut sepenuhnya atas risiko anda sendiri.

1.3 Penamatan Akaun. ODB memelihara hak, dalam pertimbangannya sendiri, untuk menamatkan atau menangguhkan akses anda ke Laman ODB pada bila-bila masa, dengan atau tanpa alasan, dengan atau tanpa pemberitahuan. Waktu akaun anda di ODB ditamatkan, hak anda untuk menggunakan ODB juga berakhir pada waktu itu.

1.4 Anda boleh menamatkan akaun ODB anda bila-bila masa, dengan atau tanpa alasan.

1.5 Penggunaan Akaun. ODB membenarkan anda memberikan akses akaun anda kepada anggota keluarga anda. Anda sendiri bertanggungjawab bagi segala penggunaan akaun ini. Anda tidak boleh memberikan, mengalihkan, menjual kembali, memberikan sub lesen, atau mengedarkan hak atau akses akaun ODB anda. Akaun ODB anda adalah untuk penggunaan peribadi dan anggota keluarga anda semata-mata.

1.6 Anda menyatakan dan menjamin bahawa: (1) Anda mesti berumur lebih daripada 18 tahun atau umur yang diwajibkan atau dibenarkan di bawah undang-undang dengan memberikan informasi akaun yang diperlukan; (2) segala informasi yang anda berikan adalah benar dan tepat; dan (3) anda adalah seorang individu yang diberi kuasa untuk memberikan informasi akaun tersebut. Anda setuju untuk mematuhi tanggungjawab dan kewajipan anda seperti dicatatkan dalam bahagian Terma dan Syarat ini.

  1. TANDA DAGANGAN

Kecuali disebutkan, segala tanda dan logo produk dan perkhidmatan yang ditampilkan di laman ini tertakluk pada hak cipta tanda dagangan ODB, ODB Ministries, Discovery House Publishers, atau pemilik-pemilik tanda dagangan lain yang disebutkan. Ketiadaan nama atau logo bagi suatu produk atau perkhidmatan daripada laman ini tidak dimaksudkan sebagai pembebasan atas hak tanda dagangan apa pun atau hak milik intelektual yang berkaitan dengan nama atau logo yang dimaksudkan.

  1. PENOLAKAN JAMINAN

3.1 Umum. ODB TIDAK MEMBERIKAN PERNYATAAN ATAU JAMINAN BAHAWA (i) LAMAN WEB INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, (ii) LAMAN ATAU INFORMASI TIDAK AKAN TERGANGGU, TEPAT PADA MASA, BETUL, TERJAMIN ATAU TIADA KESALAHAN, (iii) KEPUTUSAN YANG MUNGKIN AMBIL DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN INI ADALAH TEPAT DAN BOLEH DIPERCAYAI, ATAU (iv) KUALITI BAGI APA PUN PRODUK, PERKHIDMATAN, INFORMASI, ATAU BAHAN-BAHAN LAIN YANG ANDA BELI ATAU PEROLEH MELALUI LAMAN INI AKAN MEMENUHI HARAPAN ANDA. ODB TIDAK BERKEWAJIPAN UNTUK MENGEMASKINI, MEMBETULKAN, ATAU MENJELASKAN LAMAN INI.

3.2 Tiada Jaminan. DALAM TAKAT MAKSIMUM YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG, LAMAN INI DISEDIAKAN “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN TIADA JAMINAN BAGI APA PUN KESALAHANNYA YANG BERLAKU, BAIK TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT. DENGAN INI ODB MELEPAS SEMUA JAMINAN DAN SYARAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN LAMAN DAN INFORMASINYA, TERMASUK TANPA TERKECUALI DARIPADA JAMINAN ATAS KELAYAKAN JUAL BELI, TAJUK, TIADA PELANGGARAN, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETIADAAN VIRUS, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN, KEPUTUSAN, DAN KETIADAAN KELALAIAN. SEGALA RISIKO YANG WUJUD DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN DAN INFORMASINYA DITANGGUNG OLEH ANDA.

  1. KEBATASAN LIABILITI DAN PERBAIKAN

4.1 Pengecualian. DALAM TAKAT MAKSIMUM YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DALAM KEADAAN PUN, ODB TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA PUN KEROSAKAN, TERMASUK TANPA TERKECUALI SEBARANG KEROSAKAN SECARA LANGSUNG, ISTIMEWA, KEBETULAN, TIDAK LANGSUNG, ATAU KEROSAKAN DALAM BENTUK APA PUN (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KERUGIAN AKIBAT: KEHILANGAN UNTUNGAN, KEHILANGAN INFORMASI SULIT ATAU INFORMASI YANG LAIN, GANGGUAN DALAM PERUSAHAAN, KECEDERAAN PERIBADI, KEHILANGAN PRIVASI, GAGAL UNTUK MELAKUKAN APA PUN TANGGUNGJAWAB (TERMASUK NIAT BAIK ATAU PERHATIAN YANG WAJAR, KELALAIAN, SETIAP KERUGIAN KEWANGAN ATAU KERUGIAN DALAM BENTUK APA PUN) YANG WUJUD DARIPADA ATAU DALAM BENTUK APA PUN BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN INI, WALAUPUN ODB MENGETAHUI, ATAU SEHARUSNYA MENGETAHUI, TENTANG KEMUNGKINAN KERUGIAN TERSEBUT. JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BAHAGIAN MANA PUN LAMAN INI, ATAU SALAH SATU SYARAT INI, SATU-SATUNYA PENYELESAIAN BAGI ANDA ADALAH MENGHENTIKAN AKSES DAN AKAUN LAMAN ANDA. PEMBATASAN, PENGECUALIAN DAN PELEPASAN TANGGUNGAN AKAN DITERAPKAN MENURUT TAKAT MAKSIMUM YANG DILULUSKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BAHKAN JIKA MANA PUN PERBAIKAN TIDAK MENCAPAI TUJUAN UTAMANYA.

4.2 Ganti Rugi. Anda setuju untuk membela, mengganti rugi dan membebaskan ODB daripada dan terhadap setiap dan semua dakwaan, kewajipan, tuntutan, penalti, perampasan hak, kes-kes guaman, penghakiman dan kos-kos serta pembiayaan yang berkaitan (termasuk kos peguam), yang mungkin akan dihadapi oleh ODB, dipertanggungjawabkan atau membayar seluruh biaya yang timbul daripada penggunaan laman atau pelanggaran anda terhadap setiap terma atau syarat dalam Pensyaratan ini.

  1. Polisi Privasi Our Daily Bread Ministries

5.1 Anda bersetuju dengan syarat-syarat Polisi Privasi Our Daily Bread Ministries, yang dicatatkan dalam laman web ini.

5.2 Setiap pertikaian yang berkaitan dengan Polisi Privasi ODB akan diatur oleh terma dan syarat dalam Perjanjian ini, termasuk yang ditetapkan dalam Polisi Privasi ODB itu sendiri.

  1. SYARAT UMUM

6.1 Pengubahsuaian. ODB berhak pada bila-bila masa dan atas pertimbangan sendiri untuk mengubah terma, syarat dan notis yang diberikan oleh Laman ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada bayaran atas penggunaan Laman ini. ODB boleh mengubah Terma ini pada bila-bila masa dengan mengemaskinikan dokumen ini. Anda perlu melayari laman ini dari semasa ke semasa untuk meninjau Pensyaratan ini kerana anda terikat pada syaratnya. Terma-terma tertentu daripada Pensyaratan dapat diganti oleh notis sah khusus yang diberikan kepada anda atau terma-terma yang ditempatkan pada halaman-halaman tertentu dalam Laman ini. ODB juga berhak pada bila-bila masa dan atas pertimbangan sendiri untuk mengubah, menghentikan laman ini (atau bahagian lain Laman ini) untuk sementara waktu atau selamanya, dengan atau tanpa pemberitahuan. Anda setuju bahawa ODB tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga bagi setiap pengubahan, penangguhan atau penghentian Laman ini.

6.2 Pengalihan. Anda tidak dibenarkan untuk mengalihkan hak, atau menugaskan kewajipan apa pun yang digariskan, daripada Terma atau bahagian lain tanpa persetujuan bertulis daripada ODB. Setiap usaha untuk melakukannya akan dianggap pelanggaran terhadap Terma.

6.3 Bidang Kuasa. TERMA INI AKAN DIATUR DAN DITAFSIRKAN SESUAI DENGAN UNDANG-UNDANG DI NEGERI BAHAGIAN MICHIGAN, TANPA BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP-PRINSIP. ODB DAN PENGGUNANYA SETUJU BAHAWA SEGALA PERTIKAIAN DAN LITIGASI YANG BERKAITAN DENGA TERMA INI, SERTA HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRESTASI ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN LAMAN INI, DAN INFORMASI AKAN TERTAKLUK PADA, DAN MASING-MASING AKAN TUNDUK PADA BIDANG KUASA SERTA LOKASI DI MAHKAMAH NEGERI DAN MAHLAMAH PERSEKUTUAN DI MICHIGAN. PENGGUNAAN LAMAN INI TIDAK SAH DI MANA SAHAJA BIDANG KUASA YANG TIDAK MEMPENGARUHI SELURUH FASAL DALAM TERMA DAN SYARAT INI, TERMASUK TANPA TERKECUALI BAHAGIAN INI.

6.4 Ganti Rugi Saksama. Anda menyedari dan mengaku bahawa sebarang pelanggaran yang anda lakukan terhadap setiap kewajipan yang terkandung dalam Terma ini akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dibaiki oleh ODB, yang tidak boleh mudah diganti rugi dalam bentuk wang melalui tindakan undang-undang. Dengan demikian, jika berlakunya kelalaian atau pelanggaran syarat oleh anda, termasuk apa pun tindakan yang anda ambil yang boleh menyebabkan kerugian atau pudarnya niat baik, reputasi, atau hak ODB dalam Laman ini, ODB berhak untuk menerima keputusan pengadilan di luar ganti rugi lain yang tersedia, untuk menghentikan atau mencegah kerosakan, kehilangan atau kelemahan yang tidak boleh diperbaiki.

6.5 Keseluruhan Perjanjian. Terma ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan pemahaman antara ODB dan anda, berkaitan dengan hal yang tersebut dalam Terma, serta menggantikan seluruh persetujuan dalam bentuk lisan atau bertulis, dan pemahaman yang berkaitan dengan isi Terma. Tiada pernyataan, perwakilan, jaminan, ikatan, atau perjanjian dalam bentuk apa pun yang tidak secara tegas diatur dalam Terma ini akan mempengaruhi, atau digunakan untuk mentafsirkan, mengubah atau mengehadkan, terma dan syarat yang sudah tersurat dengan jelas.