Pada tahun 2015, sebuah syarikat kajian antarabangsa melaporkan bahawa terdapat sebanyak 245 juta buah kamera pengawasan telah dipasang di seluruh dunia, dan terus bertambah sebanyak 15% setiap tahun. Selain itu, berjuta-juta orang yang memiliki telefon pintar mengambil gambar setiap hari yang merangkumi kejadian biasa seperti sambutan hari jadi sehinggalah rompakan bank. Sama ada kita menyokong peningkatan keselamatan itu atau menentang privasi yang semakin pudar, kita sebenarnya tinggal di dunia yang memiliki kamera di mana sahaja.

Kitab Ibrani dalam Perjanjian Baru menuliskan, dalam hubungan kita dengan Tuhan, kita harus bertanggungjawab atas perbuatan kita kerana kehidupan kita akan terdedah di hadapan Tuhan jauh lebih jelas daripada segala pengawasan kamera yang dapat kita lihat. “Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Tiada sesuatu pun dapat disembunyikan daripada Allah. Segala sesuatu di alam semesta terbuka dan terdedah di sisi Allah. Kita semua harus memberikan pertanggungjawapan tentang hidup kita kepada Allah.”(Ibrani 4:12–13).

Kristus Penyelamat kita pernah mengalami kelemahan kita dan pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa, kita boleh “dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan” (Ayat 15-16). Kita tidak perlu takut kepada-Nya tetapi kita boleh diyakinkan bahawa kita akan memperolehi rahmat ketika kita datang kepada-Nya.