Latihan saya untuk lumba jarak jauh berjalan dengan teruk, dan rekod larian terbaru saya amat mengecewakan. Kebanyakan masa saya berjalan selama separuh daripada masa yang diambil, bahkan terpaksa duduk seketika untuk berehat. Rasanya saya telah gagal dalam ujian kecil ini.

Kemudian saya teringat bahawa inilah tujuan utama latihan. Ia bukanlah sekadar satu ujian yang mesti lulus ataupun harus mencapai gred. Sebaliknya, ia merupakan hal yang perlu dilalui beberapa kali untuk memperbaiki daya ketahanan saya.

Mungkin anda berasa tidak senang hati terhadap ujian hidup yang anda sedang hadapi. Namun Tuhan membenarkan kita melalui masa ujian untuk meneguhkan otot dan ketahanan rohani kita. Dia mengajar kita bergantung kepada-Nya, dan menyucikan kita sehingga menjadi kudus, supaya kita menjadi semakin serupa dengan Kristus.

Tidak hairanlah pemazmur memuji Tuhan ketika Dia memurnikan orang Israel melalui api dan air (Mazmur 66:10–12) sewaktu mereka menderita dalam perhambaan dan pembuangan. Tuhan tidak hanya memelihara dan membawa mereka ke tempat yang berkelimpahan, malahan juga menyucikan mereka dalam proses tersebut.

Sementara kita melalui ujian, kita boleh bergantung kepada Tuhan untuk mendapat kekuatan dan pemeliharaan. Dia menyucikan kita melalui masa-masa yang paling sukar.