Pada suatu hari di pantai, saya berasa senang ketika melihat beberapa peluncur layang-layang yang bergerak pantas melalui kuasa angin di atas permukaan air di sepanjang pantai, . Apabila seorang kembali ke darat, saya bertanya jika pengalaman meluncur itu sukar seperti yang dilihat. “Tidak,” katanya, “Ia sebenarnya lebih mudah daripada luncuran biasa kerana anda menggunakan kuasa angin.”

Kemudian apabila saya berjalan di tepi laut, berfikir tentang keupayaan angin bukan sahaja untuk menggerakkan peluncur tetapi juga menerbangkan rambut saya ke muka saya, saya berhenti sejenak untuk merenungkan Tuhan Pencipta kita. Seperti yang kita baca dalam Kitab Amos, Tuhan yang “membentuk gunung” dan “menciptakan angin” boleh membuat “fajar menjadi gelap” (Amos 4:13).

Melalui nabi ini, Tuhan mengingatkan umat-Nya tentang kuasa-Nya ketika Dia memanggil mereka kembali kepada-Nya. Oleh sebab mereka tidak taat kepada-Nya, Dia berkata Dia akan menyatakan diri-Nya kepada mereka (ayat 13). Walaupun kita melihat penghakiman-Nya di sini, namun kita tahu bahawa kasih pengorbanan Tuhan dinyatakan di bahagian lain dalam Alkitab, apabila Dia menghantar Anak-Nya untuk menyelamatkan kita (lihat Yohanes 3:16).

Kuasa angin pada hari yang berangin di Selatan England ini mengingatkan saya tentang kehebatan Tuhan. Jika anda merasakan angin pada hari ini, mengapa tidak berhenti sejenak dan merenungkan Tuhan kita yang penuh kuasa?