Pengiklan membuat kesimpulan bahawa perkataan yang paling menarik perhatian penonton ialah nama mereka sendiri. Justeru satu saluran televisyen di United Kingdom telah memperkenalkan iklan yang khas untuk setiap individu melalui perkhidmatan dalam talian.

Kita mungkin seronok apabila nama kita kedengaran melalui televisyen, tetapi ini tidak bermaksud apa-apa tanpa keintiman yang datang daripada panggilan nama oleh orang yang mengasihi kita.

Yesus menarik perhatian Maria Magdalena apabila Dia memanggil namanya di kubur Yesus, tempat yang Dia dimakamkan setelah disalibkan (Yohanes 20:16). Dengan satu perkataan itu, dia berpaling kerana mengenali suara Guru yang dikasihi dan diikut, saya membayangkan perasaan terkejut dan sukacita pada ketika itu. Maria mengenali cara Yesus memanggil namanya dan ini meyakinkan bahawa Yesus yang mengenalinya itu masih hidup dan bukan mati.

Sungguhpun Maria mengalami waktu yang begitu unik dan istimewa dengan Yesus, setiap kita juga dikasihi Tuhan. Yesus berkata kepada Maria bahawa Dia akan pergi kepada Bapa-Nya (ayat 17), tetapi Dia juga berkata kepada murid-murid-Nya bahawa Dia tidak meninggalkan mereka bersendirian (Yohanes 14:15-18). Tuhan akan mengutus Roh Kudus untuk tinggal dalam anak-anak-Nya dan menyertai mereka (lihat Kisah Para Rasul 2:1-13).

Kisah Tuhan tidak berubah. Sama ada masa dahulu mahupun sekarang. Dia mengenali mereka yang dikasihi-Nya (lihat Yohanes 10:14-15). Dia memanggil nama kita.