Apabila seseorang tidak mempunyai rekod yang panjang untuk membayar bil-bilnya mengikut waktu yang ditetapkan, malah ingin mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah atau kereta, pemberi pinjaman sering enggan mengambil risiko untuk meminjam wang kepada orang tersebut. Tanpa rekod yang baik, hanya dengan janji si peminjam untuk membayar balik apa yang dipinjamnya adalah tidak mencukupi bagi bank itu. Maka peminjam itu akan selalu mencari orang yang mempunyai rekod yang baik dalam menyelesaikan hutang, dan meminta mereka meletakkan nama mereka pada pinjaman itu. Si penandatanganan bersama menjamin peminjam itu akan membayar balik.

Apabila seseorang membuat janji kepada kita—sama ada dari segi kewangan, perkahwinan, atau sebab-sebab lain—kita berharap mereka akan menunaikan janji. Kita mahu tahu bahawa Tuhan akan menunaikan janji-Nya juga. Apabila Dia berjanji kepada Abraham bahawa Dia akan memberkati dan memberinya “banyak keturunan” (Ibrani 6:14; lihat Kejadian 22:17), Abraham percaya kepada firman Tuhan. Sebagai Pencipta atas segala sesuatu, tidak ada yang lebih besar daripada Dia; hanya Tuhan yang dapat memegang janji-Nya sendiri.

Abraham harus menunggu kelahiran anaknya (Ibrani 6:15) (dan tidak pernah melihat pertumbuhan keturunannya yang tidak terkira), tetapi Tuhan membuktikan Dia setia pada janji-Nya. Apabila Dia berjanji Dia akan selalu bersama kita (Ibrani 13:5), memberi perlindungan-Nya (Yohanes 10:29), dan menghibur kita (2 Korintus 1:3–4), kita juga boleh mempercayai firman-Nya yang benar.