Hari itu adalah musim dingin yang sejuk, saya hanya ingin keluar dari kenderaan dengan segera untuk pergi ke sebuah bangunan yang hangat. Kemudian, saya mendapati diri saya terjatuh di atas tanah, dengan keadaan seperti melutut. Tiada apa yang patah dalam bahagian badan saya, tetapi saya berada dalam keadaan sakit. Kesakitan ini menjadi semakin teruk apabila masa berlalu dan akan berterusan dalam beberapa minggu sebelum saya pulih.

Siapakah di antara kita yang tidak pernah terjatuh? Bukankah ini baik untuk mempunyai sesuatu atau seseorang yang dapat membuatkan kita berdiri teguh pada setiap masa? Walaupun tidak ada jaminan yang pasti secara fizikal, namun ada Peribadi yang bersedia untuk membantu kita memuliakan Kristus dalam hidup ini, dan menyediakan kita berdiri teguh dengan penuh sukacita di hadapan Tuhan pada masa kelak.

Setiap hari kita menghadapi godaan (bahkan ajaran sesat) yang berusaha untuk mengalihkan perhatian kita, mengelirukan, dan memerangkap kita. Tetapi akhirnya kita akan menyedari bahawa ini amat mustahil bagi kita untuk berdiri teguh di dunia ini dengan usaha kita sendiri. Maka kita yakin bahawa kita tetap bertenang pada saat menghadapi godaan untuk bercakap dalam keadaan marah, memilih kejujuran dan bukan penipuan, memilih kasih dan bukan kebencian, atau memilih kebenaran dan bukan kepalsuan—kita akan mengalami kuasa Tuhan yang memelihara kita supaya tidak tersandung (Yudas 1:24). Apabila kita dipuji di hadapan Tuhan ketika Kristus datang kembali, maka pujian yang kita persembahkan pada saat ini untuk rahmat-Nya yang berterusan, akan bergema untuk selama-selamanya (ayat 25).