Semasa saya sedang bersiap untuk perjalanan misi dengan beberapa orang muda, soalan yang paling sering ditanyakan ialah, “Ada Wi-Fi di tempat itu?” Saya akan memberi jaminan kepada mereka bahawa pasti ada Wi-Fi. Jadi, bayangkanlah tangisan dan keluhan mereka yang kedengaran sepanjang satu malam ketika Wi-Fi tidak berfungsi!

Ramai antara kita menjadi cemas apabila dipisahkan daripada telefon pintar. Apabila kita memegang iPhone atau Android di tangan, kita boleh menjadi ketagih untuk terus melihat skrin kita.

Seperti kebanyakan perkara, internet dan yang lain boleh menjadi gangguan atau berkat bagi kita. Ini bergantung kepada tujuan yang akan kita gunakan dengan benda itu. Dalam Amsal, kita membaca, “Hati orang yang berpengertian mencari pengetahuan, tetapi mulut orang yang bebal menelan kebodohan” (Amsal 15:14).

Dengan menerapkan hikmah daripada firman Tuhan dalam kehidupan, kita boleh bertanya kepada diri sendiri: Adakah kita mesti melayari rangkaian sosial sepanjang hari sehingga tidak terkawal? Apakah yang dikatakannya tentang benda-benda idaman kita? Adakah perkara-perkara yang kita baca atau lihat dalam talian menggalakkan kita menjalani kehidupan yang bermakna (ayat 16-21), atau kita sedang menyerap segala maklumat murahan—gosip, fitnah, materialisme, atau pornografi?

Apabila kita mentaati pekerjaan Roh Kudus, kita dapat mengisi fikiran kita dengan hal-hal yang “apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi” (Filipi 4:8). Dengan hikmah daripada Tuhan, kita boleh membuat pilihan yang baik dan memuliakan Dia.