Selepas Angie bergelut selama beberapa tahun untuk menguasai pelajarannya, dia akhirnya berhenti dari sekolah rendah elitnya dan dipindahkan ke sebuah sekolah yang “biasa”. Dalam landskap pendidikan yang bersaing hangat di Singapura, bahawa berada di sekolah yang “baik” boleh meningkatkan prospek masa depan seseorang, ramai orang akan menganggap perpindahan ke sekolah biasa ini sebagai satu kegagalan.

Ibu bapa Angie berasa kecewa, dan Angie sendiri merasakan seolah-olah dia telah diturunkan taraf. Tetapi tidak lama selepas pergi ke sekolah baru, anak perempuan yang berumur sembilan tahun itu menyedari apa yang dimaksudkan untuk berada dalam kelas biasa. “Mak, saya memang patut berada di sini,” katanya. “Saya akhirnya diterima!”

Ini mengingatkan saya betapa gembiranya Zakheus apabila Yesus menjemput diri-Nya ke rumah pemungut cukai itu (Lukas 19:5). Kristus berminat untuk makan dengan mereka yang tahu bahawa mereka bukan orang yang sempurna dan tidak layak menerima rahmat Tuhan (ayat 10). Setelah menjumpai kita dan mengasihi kita seadanya, Yesus berjanji untuk menjadikan kita sempurna melalui kematian dan kebangkitan Dia. Kita dijadikan sempurna hanya melalui rahmat-Nya.

Saya selalu mendapati perjalanan rohani saya akan menjadi satu pergelutan yang berterusan, kerana menyedari bahawa hidup saya sama sekali tidak dapat mencapai kesempurnaan Tuhan. Ini merupakan penghiburan besar apabila mengetahui bahawa kita sentiasa diterima, kerana Roh Kudus membentuk kita menjadi seperti Yesus.