Saya teringat akan ayah saya pernah bercakap tentang betapa sukarnya untuk meninggalkan pertengkaran-pertengkaran yang tidak berakhir mengenai tafsiran Alkitab yang berbeza. Sebaliknya, dia mengingat betapa baiknya apabila kedua-dua pihak mengamalkan sikap yang “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan sesuatu pandangan.

Tetapi adakah kemungkinan kita boleh benar-benar mengetepikan perbezaan yang tidak dapat mencapai persetujuan, sedangkan terdapat banyak lagi persoalan yang belum diselesaikan? Itulah salah satu soalan yang dijawab oleh Paulus dalam surat Perjanjian Barunya kepada orang Romawi. Dalam suratnya kepada pembaca yang terlibat dalam konflik sosial, politik, dan agama, dia mencadangkan beberapa cara untuk mencari titik persamaan walaupun berada dalam keadaan yang paling berpecah-belah (Roma 14:5-6).

Menurut Paulus, untuk mencapai titik persamaan, kita harus mengingat bahawa setiap kita akan menjawab kepada Tuhan bukan hanya untuk pendapat kita, tetapi juga cara kita memperlakukan satu sama lain apabila wujudnya perbezaan pendapat kita (ayat 10).

Keadaan konflik sebenarnya boleh menjadi peringatan bahawa ada beberapa perkara yang lebih penting daripada idea-idea kita sendiri—bahkan lebih penting daripada tafsiran kita tentang Alkitab. Semua orang harus menjawab sama ada kita telah mengasihi satu sama lain, bahkan musuh-musuh kita, seperti Kristus mengasihi kita.

Sekarang ketika saya memikirkan hal ini, saya mengingat bahawa ayah saya pernah bercakap tentang betapa baiknya kita bukan sekadar bersetuju tentang perbezaan sesama, tetapi berbuat demikian dengan saling mengasihi dan menghormati.