“Lihatlah kota kami dengan pandangan kami.” Sebuah kumpulan perkembangan bandar di Detroit, Michigan, menggunakan slogan ini untuk melancarkan visi bagi masa depan kota tersebut. Tetapi projek itu tiba-tiba dihentikan apabila ahli-ahli masyarakat memerhatikan sesuatu yang hilang dalam kempen tersebut. Majoriti penduduk dan tenaga kerja di bandar Detroit terdiri daripada orang Amerika Afrika. Tetapi dalam semua tanda, panji dan papan iklan kumpulan tersebut, hanya wujudnya orang putih dan tiada orang Amerika Afrika.

Orang sebangsa Yesus juga mempunyai titik buta tentang visi masa depan mereka. Sebagai anak keturunan Abraham, mereka amat mengambil berat tentang masa depan orang Yahudi. Namun mereka tidak dapat memahami kasih Yesus terhadap orang Samaria, askar-askar Roma, atau sesiapa sahaja yang tidak sama dengan mereka dari segi keturunan, budaya dan kepercayaan.

Saya boleh memahami titik buta ini di kota Detroit dan Yerusalem. Saya juga cenderung memahami pengalaman hidup orang yang sama dengan saya sahaja. Tetapi Tuhan mempunyai cara untuk membawa kesatuan-Nya di tengah-tengah kepelbagaian kita. Kita sebenarnya adalah serupa daripada apa yang kita sedari.

Tuhan kita memilih Abram, seorang nomad yang tinggal di gurun untuk membawa berkat kepada semua kaum di bumi (Kejadian 12:1-3). Yesus mengenal dan mengasihi semua orang yang kita belum kenal atau kasihi. Marilah kita bersama-sama hidup dalam rahmat dan belas kasihan Tuhan, yang mampu menolong kita melihat sesama kita, kota-kota kita, dan Kerajaan-Nya—menurut pandangan-Nya.