Kawan saya ingin sekali mengumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk perayaan cuti di rumahnya. Setiap tetamu tidak sabar-sabar untuk berkumpul dan ingin membantu membiayai perbelanjaan makanan dalam acara ini. Ada di antara mereka akan membawa roti, salad atau hidangan sampingan. Namun ada seorang tetamu yang sangat kekurangan wang. Dia berharap untuk meluangkan masa petang itu bersama orang yang disayangi, tetapi dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Oleh itu, dia sudi melakukan kerja-kerja pembersihan bagi tuan rumah sebagai hadiahnya.

Sebenarnya dia tetap akan dialu-alukan ke acara itu walaupun dia datang dengan tangan kosong. Namun, dia melakukan apa yang mampu dilakukannya—masa dan kemahirannya—dan menghadiri jamuan itu dengan sepenuh hati. Saya terfikir bahawa demikian juga dengan kata-kata Paulus yang bersemangat dalam 2 Korintus 8. Jemaah tempatan sangat ingin membantu sesetengah orang rakan Kristian, dan dia menggesa mereka agar meneruskan usaha itu. Dia memuji mereka kerana keinginan dan kesanggupan mereka, dan mengatakan bahawa motivasi mereka untuk memberi menjadikan pemberiannya diterima, dalam apa pun saiz atau jumlahnya (2 Korintus 8:12).

Kita sering membandingkan pemberian kita dengan orang lain dengan cepat, terutamanya apabila sumber pendapatan kita tidak memampukan kita memberi seberapa banyak yang kami inginkan. Tetapi Tuhan memandang pemberian kita dengan cara lain: kerelaan kita untuk memberi apa yang kita miliki, itulah yang menyenangkan hati Tuhan.