Month: Mac 2019

Hadiah Terbesar

Selama bertahun-tahun, sahabat saya, Barbara telah memberi saya banyak kad dan hadiah yang amat bermakna. Selepas saya memberitahu kepadanya bahawa saya telah menerima Yesus sebagai Penyelamat saya, dia memberi saya sebuah hadiah yang paling berharga—Alkitab pertama saya. Dia berkata, “Kamu boleh mendekati Tuhan dan menjadi matang secara rohani dengan berjumpa dengan-Nya setiap hari, membaca firman-Nya, berdoa, dan mempercayai serta mentaati-Nya.” Kehidupan saya berubah apabila Barbara mengajak saya untuk lebih mengenal Tuhan.

Pencipta dan Pemelihara

Dengan menggunakan kanta pembesar dan penyepit-penyepit kecil, Phillipe, seorang pembuat jam tangan yang berbangsa Swiss secara teliti menjelaskan kepada saya cara dia memisahkan, membersihkan dan memasang semula bahagian-bahagian kecil dalam jam tangan mekanikal. Ketika melihat semua kepingan yang rumit, Phillipe menunjukkan kepada saya komponen yang penting dalam jam tangan, iaitu spring utama jam. Spring utama jam merupakan komponen yang menggerakkan gear supaya jam dapat menetapkan masa. Tanpanya, jam yang direka dengan terhebat pun tidak akan berfungsi.

Cahaya Terang

Pada musim panas tahun 2015, saya dan kumpulan dari gereja kami terkejut dengan apa yang kami lihat di Mathare, salah satu kawasan setinggan di Nairobi, Kenya. Kami melawat sebuah sekolah yang berlantaikan tanah, berdinding besi yang telah berkarat, dan berbangku kayu. Tetapi di sebalik persekitaran yang cukup sederhana itu, terdapat seorang perempuan yang menonjol.

Dikelilingi Tuhan

Seorang ibu muda menghadapi kesukaran untuk menenangkan anaknya seorang diri di sebuah lapangan terbang yang sibuk. Anak kecilnya membuat perangai—berteriak, menendang-nendang, dan enggan menaiki kapal terbang. Ibu yang sarat mengandung itu akhirnya berputus asa, kecewa, menutup mukanya, dan mula menangis teresak-esak di atas lantai.