Apabila saya teringatkan ayah saya, dia meninggalkan gambaran yang mendalam sewaktu dia memantakkan paku atau berkebun di luar rumah, atau bekerja di bengkelnya di tingkat bawah yang berselerak, yang dimuat dengan pelbagai peralatan. Tangannya sentiasa sibuk dengan tugas atau projek—kadangkala dia membina sebuah garaj, dek atau rumah burung, ada masanya dia membuat kunci, dan kadangkala dia mereka bentuk seni kaca berwarna dan barangan kemas.

Peringatan akan ayah saya mendorong saya memikirkan Bapa syurgawi dan Pencipta saya, yang sentiasa sibuk bekerja. Pada mulanya, “[Allah] mencipta dunia … [dan] menentukan keluasan dunia … waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama dan mahkluk-mahkluk syurga bersorak gembira” (Ayub 38:4-7). Segala yang dicipta-Nya merupakan pekerjaan seni, suatu karya seni agung. Dia mereka bentuk dunia indah yang mengagumkan dan menyebutnya “sungguh baik” (Kejadian 1:31, AVB).

Ini termasuklah anda dan saya. Tuhan mencipta kita dalam perincian yang mendalam dan rumit (Mazmur 139:13-16); dan Dia mempercayakan dan menyemaikan tujuan dan keinginan untuk bekerja dalam diri kita (yang memiliki gambaran-Nya), termasuk memerintah dan menjaga Bumi serta makhluk-makhluknya (Kejadian 1:26-28; 2:15). Tidak kira tugas yang kita lakukan—dalam pekerjaan atau masa lapang kita—Tuhan memberi kuasa dan apa yang kita perlukan untuk bekerja sepenuh hati untuk Dia.

Dalam segala kerja yang kita lakukan, semoga kita melakukan untuk menyenangkan hati-Nya.