Apabila seorang wanita muda mula kehilangan warna kulit perang yang cantik, dia berasa takut, seolah-olah dia melenyap atau kehilangan “dirinya”. Dengan solekan yang tebal, dia menutupkan “bintik-bintik saya,” seperti yang digelarnya—tompok-tompok kulit yang lebih cerah disebabkan oleh suatu penyakit yang dipanggil vitiligo. Ia adalah kehilangan pigmen kulit, melanin, yang memberikan kulit warnanya.

Pada suatu hari, dia bertanya dirinya: Mengapakah menyembunyikan? Dengan bersandar pada kekuatan Tuhan untuk menerima dirinya, dia berhenti memakai solekan tebal. Tidak lama kemudian dia mula mendapat perhatian orang lain kerana keyakinan dirinya. Akhirnya dia menjadi jurucakap model pertama dengan vitiligo bagi satu jenama kosmetik global.

“Ini adalah suatu berkat,” dia memberitahu seorang pengacara berita TV, sambil menambah bahawa iman, keluarga, dan kawan-kawannya adalah sumber dorongannya.

Kisah wanita ini mengundang kita untuk mengingat bahawa setiap kita diciptakan menurut gambaran Tuhan. “Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan” (Kejadian 1:27). Tidak kira bagaimana rupa kita secara luaran, kita semua ialah pembawa imej Tuhan. Sebagai orang yang diciptakan Tuhan, kita mencerminkan kemuliaan-Nya; dan sebagai orang percaya dalam Yesus, kita sedang diubah untuk mewakili-Nya di dunia ini.

Adakah anda tidak berpuas hati dengan kulit anda? Hari ini, lihat dalam cermin dan senyum untuk Tuhan. Dia telah menciptakan anda dalam imej-Nya.