“Ayah, pukul berapa sekarang?” Anak saya bertanya dari tempat duduk belakang. “Ia sudah 5:30.” Seterusnya saya tahu apa yang akan dikatakannya. “Tidak, ia adalah 5:28!” Saya nampak mukanya berseri-seri. Aku main-main sahaja! Dia berkata dengan senyuman yang melebar. Saya berasa gembira juga—perasaan yang hanya datang daripada ibu bapa yang mengenal anaknya.

Seperti mana-mana ibu bapa yang prihatin, saya mengenal anak-anak saya. Saya tahu bagaimana mereka akan bertindak balas apabila saya membangunkan mereka. Saya tahu makanan apa yang mereka mahu untuk makan tengah hari. Saya tahu minat, keinginan, dan benda-benda kegemaran mereka yang tidak terkira.

Tetapi antara semua yang tersebut, saya tidak akan dapat mengenal mereka secara sempurna; secara dalaman dan luaran, seperti Tuhan kita mengenal kita.

Kita dapat melihat sedikit tentang pengetahuan intim yang dimiliki Yesus terhadap umat-Nya dalam Yohanes 1. Semasa Natanael didesak oleh Filipus untuk bergerak ke arah Yesus dan bertemu dengan-Nya, Yesus berkata, “Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya” (ayat 47). Nathanael bertanya dengan terkejut, “Bagaimana tuan mengenal saya?” Secara misterinya, Yesus menjawab bahawa Dia telah nampaknya di bawah pohon ara (ayat 48).

Kita mungkin tidak tahu sebabnya Yesus memilih untuk berkongsi butiran ini, tetapi nampaknya Natanael tahu! Dengan perasaan yang teruja, dia menjawab, “Guru, Guru Anak Allah!” (ayat 49).

Yesus mengenal setiap kita seperti ini: secara intim, sepenuhnya, dan sempurna—cara yang kita ingin dikenali. Dia juga menerima kita sepenuhnya—menjemput kita untuk menjadi, bukan hanya pengikut-Nya, melainkan sahabat-sahabat tercinta-Nya (Yohanes 15:15).