Month: Ogos 2019

Pusingan Yang Kecil

Kawan sekelas saya telah memberi keluarga kami seekor anjing berbaka Collie yang sudah tua. Tidak lama kemudian, dengan sedihnya kami mendapati bahawa anjing yang cantik ini sudah lama hidup di dalam kandang yang kecil. Akibatnya anjing ini hanya tahu berjalan dalam pusingan yang sempit, malah tidak boleh bermain atau berlari dalam garisan lurus. Walaupun sekarang anjing ini berada di dalam kandang yang luas dan boleh bermain dengan bebas, anjing tersebut masih menganggap kandang itu sempit.

Perkara-Perkara Besar

Pada 9 November 1989, seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita tentang keruntuhan Tembok Berlin. Tembok yang telah memisahkan Berlin, Jerman telah dirobohkan dan kota yang telah terpisah selama 28 tahun itu akan bersatu semula. Walaupun berita baik ini berlaku di Jerman, namun seluruh dunia turut berkongsi kegembiraan itu. Sesuatu yang luar biasa telah terjadi!

Gunakan Suara-Mu

Pada suatu hari, saya telah dijemput untuk bertemu dengan seorang pemain piano yang terkenal di dunia. Saya telah dibesarkan dalam bidang muzik—bermain violin dan piano, dan terutamanya menyanyi solo di gereja serta acara-acara lain—jadi saya amat teruja apabila mendapat peluang ini.

Hidup. Doa. Kasih.

Disebabkan oleh pengaruh besar daripada ibu bapa yang kuat beriman, pelari balapan Jesse Owens hidup sebagai seorang yang beriman teguh kepada Tuhan. Semasa Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin, Jerman pada tahun 1936, Owen tergolong daripada segelintir atlet berkulit hitam dalam pasukan Amerika Syarikat. Dia telah memenangi empat buah pingat emas walaupun diselubungi oleh suasana kebencian yang dimulakan oleh Nazi dan pemimpin mereka, Hitler. Dia juga berkawan dengan seorang atlet berbangsa Jerman, Luz Long. Di sebalik propaganda Nazi itu, Owen yang menjalani hidup sederhana yang beriman telah mempengaruhi Luz. Kemudian, Luz menulis surat kepada Owens, “Sewaktu pertama kali saya berbicara dengan anda di Berlin, saya telah melihat kamu berlutut, saya tahu anda sedang berdoa ... saat itu rasa-rasanya saya mungkin akan mempercayai Tuhan.”