“Saya sangat kecewa jika salah seorang ahli pasukan kami melakukannya,” kata seorang pemain kriket, merujuk kepada seorang pemain kriket Afrika Selatan yang menipu dalam perlawanan tahun 2016. Namun dua tahun kemudian, pemain itu ditangkap dalam skandal yang hampir sama.

Beberapa perkara yang menduri dalam hati kita adalah lebih daripada kemunafikan. Tetapi kisah Yehuda dalam Kejadian 38, kelakuan munafiknya hampir membawa akibat maut. Selepas kematian dua orang anak lelakinya apabila mereka berkahwin dengan Tamar, Yehuda secara diam-diam telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan keperluan Tamar (ayat 8-11). Dalam keadaan terdesak, Tamar menyamar sebagai pelacur dengan memakai tudung, dan Yehuda bersetubuh dengan dia (ayat 15-16).

Namun apabila Yehuda mengetahui bahawa menantu perempuannya itu hamil, tindak balasnya sungguh kejam. “Bawalah dia keluar dan bakarlah sampai mati!” perintahnya (ayat 24). Tetapi Tamar mempunyai bukti bahawa Yehuda ialah bapa kepada kandungannya itu (ayat 25).

Yehuda boleh menafikan kebenaran. Sebaliknya dia mengakui kemunafikannya, dan menerima tanggungjawabnya untuk menjaga Tamar dengan berkata, “Perempuan itu tidak bersalah” (ayat 26).

Malah Tuhan memasukkan kisah gelap Yehuda dan Tamar ini dalam kisah-Nya tentang penebusan kita. Anak-anak Tamar (ayat 29-30) menjadi nenek moyang kepada Yesus pada masa kemudian (Matius 1:2-3).

Mengapakah Kejadian 38 terkandung dalam Alkitab? Salah satu sebabnya kerana kisah ini merupakan kisah hati kita yang munafik—dan hati Tuhan yang penuh kasih, rahmat dan belas kasihan.