Sewaktu Denise Levertov berumur 12 tahun, lama sebelum dia menjadi seorang penyair terkenal, dia memiliki keberanian untuk mengirim sekotak puisi yang ditulisnya kepada penyair hebat T.S. Elliot. Kemudian dia akan menunggu jawapan. Ia amat mengejutkan kerana Elliot membalas dengan dua muka surat dorongan bertulis. Dalam prakata koleksi The Stream and the Sapphire, dia menjelaskan bagaimana puisi-puisi itu “mencatatkan perubahannya daripada agnostisisme (tidak percaya akan kewujudan tuhan) kepada orang yang percaya kepada Yesus.” Betapa hebatnya untuk mengetahui bahawa salah satu puisinya yang kemudian (“Pemberitahuan tentang Kelahiran Yesus”) menyatakan penyerahan Maria kepada Tuhan. Puisi ini mencatatkan Roh Kudus yang tidak mahu menakutkan Maria. Roh Kudus mengingini Maria menerima bayi Kristus dengan rela hati, maka dua perkataan ini “membara” dalam puisi: “Tuhan menanti.”

Kisah Maria mencerminkan kisah hidup Levertov. Tuhan menanti, rindu untuk mengasihinya. Dia tidak akan memaksa apa-apa ke atasnya. Tuhan menunggu. Yesaya menjelaskan kebenaran yang sama ketika Tuhan menunggu dengan penuh harapan untuk menghujani Israel dengan kasih-Nya. “TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu” (30:18). Dia bersedia untuk mencurahi umat-Nya dengan kebaikan dan Tuhan menanti kesediaan mereka untuk menerima apa yang mahu diberikan-Nya (ayat 19).

Sang Pencipta kita, iaitu Penyelamat dunia amat menakjubkan. Dia memilih untuk menunggu kita agar kita menyambut-Nya. Sesungguhnya, Tuhan dapat membuatkan kita berserah kepada Dia dengan begitu mudah, tetapi Dia mengamalkan kesabaran dalam kerendahan hati. Tuhan Yang Maha Kudus menantikan kita.