Pada zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia di Amerika Syarikat, jurugambar terkenal Dorothea Lange mengambil sekeping gambar Florence Owens Thompson dan anak-anaknya di Nipomo, California. Gambar yang terkenal ini, Migrant Mother, ialah gambar seorang ibu yang berputus asa selepas penuaian kacang yang tidak berhasil. Pada masa itu, Lange bekerja di Pentadbiran Keselamatan Ladang dan berharap untuk menyedarkan mereka tentang keperluan pekerja ladang yang terdesak.”

Dalam kitab Ratapan, kita melihat keputusasaan Yehuda selepas kemusnahan Yerusalam. Sebelum tentera Nebukadnezar masuk untuk membinasakan kota itu, orang telah menderita kelaparan akibat pengepungan (2 Raja-Raja 24:10-11). Walaupun kesusahan mereka itu adalah akibat daripada ketidaktaatan mereka kepada Tuhan, penulis Ratapan berseru kepada Tuhan bagi pihak rakyatnya (Ratapan 2:11-12).

Sementara penulis Mazmur 107 juga menghuraikan masa terdesak dalam sejarah Israel (ketika orang Israel mengembara di padang pasir, ayat 4-5), fokusnya beralih kepada langkah-langkah yang akan diambil pada masa susah: “Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN” (ayat 6). Hasilnya adalah indah: “Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.”

Adakah anda berputus asa? Jangan berdiam. Berserulah kepada Tuhan. Dia mendengar dan menunggu untuk memulihkan harapan anda. Walaupan Dia tidak selalu mengeluarkan kita daripada situasi sukar, Dia berjanji akan sentiasa menyertai kita.