Beberapa tahun yang lalu, isteri saya menerima rebat kecil daripada sesuatu yang telah dibelinya. Ia bukanlah sesuatu yang dijangkakannya tetapi ia muncul dalam peti surat. Pada masa yang sama, seorang kawan baik berkongsi dengan dia tentang keperluan segolongan wanita yang sangat besar di negara lain. Mereka ingin menceburi bidang keusahawanan dan cuba memajukan diri mereka dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Walau bagaimanapun, halangan mereka adalah kewangan.

Isteri saya mengambil rebat tersebut dan meminjamkan sebahagian kecil wang khas untuk pelayanan yang membantu kumpulan wanita ini. Apabila pinjaman itu dibayar, dia akan memberikan pinjaman lagi, dan mengulangi perkara yang sama. Kini dia telah berbuat demikian sebanyak 27 kali. Senyuman berseri di muka isteri saya apabila dia menerima berita tentang perkembangan pesat dalam kehidupan wanita-wanita yang dia tidak pernah bertemu.

Kita sering mendengar penekanan pada perkataan terakhir dalam frasa ini— “Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Korintus 9:7)—dan ia sangat benar. Tetapi pemberian kita mempunyai satu elemen khusus—memberi “dengan rela hati dan bukan kerana terpaksa”, dan kita dipanggil untuk “menanam banyak benih” (ayat 5-7). Dengan kata lain, pemberian kita mestilah dibuat dengan “senang hati.” Walaupun ada sedikit perbezaan dalam cara kita memberi, namun wajah kita adalah bukti yang menunjukkan kegembiraan kita.