Sebagai seorang lelaki muda, Duncan sering berasa takut jika dia tidak memiliki wang yang mencukupi. Oleh itu, pada umur awal 20-an, dia telah mula bercita-cita untuk membina masa depannya. Ketika dia mendaki tangga kerjaya di sebuah syarikat Silicon Valley yang berprestij, Duncan mendapat kekayaan yang sangat banyak. Dia mempunyai banyak akaun bank, sebuah kereta sport yang mewah, dan sebuah rumah di California yang bernilai satu juta dolar. Walaupun dia memiliki segala yang diinginkannya; dia masih tidak berpuas hati. “Saya berasa cemas dan tidak puas hati,” kata Duncan. “Malah, kekayaan telah membuat kehidupan saya menjadi lebih teruk.” Longgokan wang tunai tidak menjanjikan persahabatan, masyarakat, atau kegembiraan—dan sering kali menyakiti hatinya.

Sesetengah orang akan menggunakan segala tenaga untuk memperoleh kekayaan demi menjamin kehidupan mereka. Ini merupakan permainan orang bodoh. Alkitab menegaskan bahawa, “Jika kamu mencintai wang, kamu tidak akan puas hati” (Pengkhutbah 5:9). Sesetengah orang pula bersusah payah untuk bekerja keras. Mereka akan berusaha sepenuh hati, membandingkan harta benda mereka dengan orang lain dan berusaha untuk mencapai satu tahap status ekonomi. Namun, jika mereka memperoleh kebebasan dari segi kewangan, mereka masih berasa tidak puas hati. semuanya masih tidak mencukupi. Seperti yang dinyatakan dalam Pengkhutbah, “Semuanya sia-sia sahaja” (ayat 9).

Sebenarnya, usaha untuk mencari kepuasan tanpa Tuhan adalah sia-sia. Alkitab memanggil kita bekerja keras serta menggunakan kurnia kita untuk kebaikan dunia, dan kita tidak boleh mengumpulkan harta yang banyak demi memuaskan cita-cita terdalam kita. Hanya Yesus yang dapat menawarkan kehidupan yang nyata dan memberi kepuasan (Yohanes 10:10)—satu hubungan kasih yang benar-benar memuaskan!