Pada suatu masa dahulu. Empat perkataan ini mungkin adalah perkataan yang berkuasa di seluruh dunia. Kenangan terawal semasa saya masih kecil mengandungi frasa ini yang berpengaruh. Ibu saya pulang ke rumah pada suatu hari dengan membawa Alkitab bergambar yang besar dan berkulit keras—My Good Shepherd Bible Story Book (Buku Cerita Alkitab: Gembalaku yang Baik). Pada setiap malam sebelum tidur, saya dan adik saya akan duduk dengan penuh minat apabila ibu membaca kisah-kisah yang menarik pada zaman dahulu tentang manusia dan Tuhan yang mengasihi mereka. Cerita-cerita tersebut menjadi lensa bagaimana kami melihat dunia yang luas.

Siapakah tukang cerita yang tiada tandingan? Pastinya Yesus orang Nasaret. Dia tahu bahawa setiap kita suka mendengar cerita, justeru itu, Dia menggunakan cara itu untuk menyampaikan Berita Baik-Nya. Pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki “menabur benih di ladangnya” (Markus 4:26). Pada suatu masa dahulu, ada “sebutir biji sesawi” (ayat 31, AVB) dan sebagainya. Injil Markus menggambarkan dengan jelas bahawa Yesus menggunakan cerita dalam interaksi-Nya (ayat 34) untuk menolong orang ramai melihat dunia dengan lebih jelas dan memahami dengan lebih mendalam tentang Tuhan yang mengasihi mereka.

Apabila kita berkongsi berita baik tentang belas kasihan dan rahmat Tuhan, kita harus mengingati untuk memasukkan unsur cerita. Jarang ada orang dapat menolak untuk mendengar cerita.