Mereka dipanggil “Penjaga Cahaya.”

Di rumah api tanjung Pulau Hatteras, di pinggir pantai Carolina Utara Amerika Syarikat, terletaknya sebuah memorial untuk para penjaga rumah api sejak tahun 1803. Tidak lama selepas bangunan asal ini dipindahkan kerana hakisan pinggir laut, nama para penjaga rumah api telah dipahat pada batu asas lama dan disusun mengikut bentuk separa bulat yang menghadap ke tapak baru. Dengan cara itu—seperti yang dijelaskan pada sebuah pelekat—para pelawat hari ini boleh mengikut jejak langkah bekas penjaga rumah api ini dan turut “menjaga” rumah api itu.

Yesus ialah pemberi cahaya yang mutlak. Dia berkata, “Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup” (Yohanes 8:12). Ini merupakan satu pengakuan yang berani. Tetapi Yesus telah membuat pengakuan itu untuk mengesahkan hubungan-Nya dengan Bapa Syurgawi, Pencipta cahaya dan kehidupan yang telah mengutus-Nya.

Apabila kita berharap kepada Yesus untuk beroleh keselamatan dan mengikut ajaran-Nya, hubungan kita dengan Tuhan dipulihkan, dan Dia memberikan kita kuasa serta matlamat hidup yang baharu.

Sebagai pengikut Yesus, kita menjadi “penjaga cahaya”. Dengan itu, orang lain boleh melihat cahaya Yesus bersinar melalui kita dan menemukan hidup serta harapan yang hanya boleh diberikan-Nya!