Pada tahun 2012, Phillips, Craig dan Dean menyiarkan lagu mereka yang bertajuk “Tell Your Heart to Beat Again” (Beritahu Hatimu untuk Berdenyut Lagi). Lagu ini diinspirasikan melalui kisah benar seorang pakar bedah jantung. Selepas mengeluarkan jantung seorang pesakit, pakar bedah itu meletakkannya semula ke dalam ruang dada pesakit dan mula mengurut jantung itu dengan lembut untuk menghidupkannya. Tetapi jantung itu tetap tidak berdenyut. Dengan segera beberapa langkah dilakukan, tetapi jantung itu masih tetap tidak berdenyut. Akhirnya, pakar bedah itu berlutut di sebelah pesakit yang tidak sedar itu dan berkata kepadanya: “Cik Johnson, saya pakar bedah kamu. Pembedahan itu berjalan dengan sempurna. Jantung kamu telah dirawati. Sekarang sila beritahu jantung kamu untuk berdenyut lagi.” Secara hairan, jantungnya mula berdenyut.

Idea tentang kita boleh memberitahu jantung fizikal kita untuk melakukan sesuatu mungkin kelihatan aneh, tetapi Alkitab mempunyai catatan yang sama. Pemazmur berkata kepada dirinya, “Mengapakah aku sedih? Mengapakah aku gelisah? Aku akan berharap kepada Allah dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Allahku dan penyelamatku” (Mazmur 42:6). Seorang lagi pemazmur berkata, “Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku” (116:7). Selepas menewaskan musuh Israel dalam peperangan, Debora, seorang hakim, juga berkata kepada hatinya semasa perang. “Aku akan terus maju dengan kekuatan!” (Hakim-Hakim 5:21)”, kerana Tuhan telah menjanjikan kemenangan (Hakim-Hakim 4:6-7).

Pakar Bedah kita yang hebat telah mengubati hati kita (Mazmur 103:3). Maka apabila ketakutan, kemurungan, atau penghukuman melanda hidup kita, mungkin kita juga perlu berkata kepada jiwa kita: Terus maju! Jadilah kuat! Hati yang lemah, berdenyutlah lagi!