Frank Borman mengetuai misi angkasa yang pertama untuk mengelilingi bulan. Perjalanan misi tersebut mengambil masa 2 hari untuk pergi dan balik. Dia mengatakan bahawa berada di angkasa tanpa graviti selama 30 saat pada mulanya adalah pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi kemudian dia mula terbiasa dengan keadaan tersebut. Dia mendapati bahawa pemandangan di bulan adalah kusam dan permukaannya penuh dengan kawah. Krunya mengambil gambar tanah tandus yang berwarna kelabu itu, kemudian berasa bosan.

Frank telah pergi ke tempat yang tiada orang pernah pergi. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang mengagumkan. Jika dia cepat bosan dengan pengalaman di luar bumi ini, mungkin kita tidak harus menaruh harapan tinggi terhadap apa yang ada di dunia ini. Menurut pemerhatian penulis Pengkhutbah, tiada pengalaman duniawi yang memberikan kegembiraan kekal. “Mata tidak puas-puas melihat, telinga tidak puas-puas mendengar” (1:8). Kita mungkin merasakan saat-saat yang sangat menggembirakan, tetapi kegembiraan itu segera hilang dan kita akan mencari keseronokan seterusnya.

Frank mengalami saat yang menggembirakan ketika dia melihat bumi terbit dari kegelapan di sebalik bulan. Seperti pusaran berwarna biru dan putih pada marmar, bumi kita bersinar di bawah cahaya matahari. Demikian juga kegembiraan sebenar kita datang daripada Yesus yang menyinari kita. Yesus sumber hidup kita, satu-satunya sumber makna, kasih dan keindahan. Kepuasan terdalam kita tidak dapat dipenuhi oleh dunia ini. Apakah masalah kita? Kita boleh pergi ke bulan tetapi ia masih tidak dapat membawa kepuasan kekal kepada kita.