Thérèse dari Lisieux ialah seorang anak yang ceria dan periang—sehingga ibunya meninggal dunia ketika dia baru berumur 4 tahun. Dia menjadi penakut dan mudah gelisah. Tetapi bertahun-tahun kemudian pada malam sebelum Krismas, semuanya telah berubah. Selepas merayakan kelahiran Yesus dengan jemaah lain di komunitinya, dia mengalami kuasa Tuhan yang melepaskannya daripada ketakutan dan memberi kegembiraan kepadanya. Dia menyifatkan perubahannya disebabkan kuasa Tuhan yang meninggalkan syurga dan menjadi seorang manusia, iaitu Yesus, yang tinggal di dalamnya.

Apakah ertinya bagi Kristus tinggal di dalam kita? Ini suatu misteri, kata Paulus kepada jemaah di Kolose, “yang dirahsiakan oleh Allah kepada semua orang selama berabad-abad yang lalu, tetapi sekarang dinyatakan kepada umat-Nya” (Kolose 1:26). Kepada mereka, Tuhan menyatakan “rahsia yang agung dan mulia untuk umat manusia. Inilah rahsia itu: Kristus tinggal dalam diri kamu, dan hal ini bererti bahawa kamu akan ikut menikmati kemuliaan Allah” (ayat 27). Kerana Kristus kini tinggal di kalangan jemaah di Kolose, mereka mengalami kegembiraan hidup baru. Tidak lagi mereka menjadi hamba kepada dosa lama.

Jika kita telah meminta Yesus untuk menjadi Penyelamat kita, hidup kita juga menyatakan misteri yang Dia tinggal dalam kita. Dia dapat melepaskan kita daripada ketakutan melalui Roh-Nya seperti yang dilakukan-Nya kepada Thérèse, dan menghasilkan buah Roh yang kita boleh bersukacita, hidup rukun dan dapat mengawal diri (Galatia 5:22–23).

Marilah bersyukur kerana misteri Kristus dalam diri kita yang indah ini.