Ramesh sangat suka memberitahu orang lain mengenai Yesus. Dia dengan berani berkongsi dengan rakan-rakan sekerjanya. Sekali sebulan dia akan kembali ke kampungnya pada hujung minggu dan menginjil dari rumah ke rumah. Usaha ini mula mempengaruhi ramai orang untuk mengikut jejaknya—terutamanya setelah dia menyedari kepentingan mengambil masa untuk berehat dan bersantai.

Sebelum itu, Ramesh selalu menghabiskan waktu petang setiap hujung minggu untuk memberitakan Injil. Isteri dan anak-anaknya merinduinya apabila dia keluar menginjil. Oleh itu, dia haruslah membuat setiap masa dan perbualan bermakna. Tetapi dia sentiasa keletihan apabila dia berada di rumah, jadi dia tidak dapat menikmati masa bersantai atau bersembang. Ramesh berasa sangat tertekan.

Walau bagaimanapun, melalui nasihat isteri, rakan-rakan dan pembacaan firman Tuhan, dia disedarkan bahawa keadaan sedemikian adalah tidak seimbang. Amsal 30 menyebut beberapa perkara remeh seperti semut, ayam jantan dan belalang. Betapa kagumnya ketika melihat “cicak dapat ditangkap dengan tangan, namun terdapat di istana” (ayat 28).

Ramesh berasa hairan bagaimana sesuatu yang sangat biasa boleh disebut dalam Alkitab. Memerhatikan cicak seolah-olah membuang masa. Seseorang melihat seekor cicak di istana dan berfikir perkara itu menarik, serta sanggup berhenti untuk memerhatikannya. Mungkin ini cara Tuhan mengingatkan kita bahawa masa bekerja dan istirahat haruslah seimbang. Mungkin kita boleh mengambil masa untuk memerhatikan cicak bersama dengan anak-anak kita, atau bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan. Semoga Tuhan memberi kita hikmat untuk mengatur masa bekerja, melayani dan beristirahat.