Pada tahun 2010, George Vujnovich dianugerahi pingat bintang gangsa pada usia 94 tahun kerana dia mengatur strategi yang disebut oleh majalah New York Times sebagai “salah satu usaha penyelamatan yang terbesar sewaktu Perang Dunia II.” Vujnovich, anak seorang pendatang Serbia ke Amerika Syarikat, telah menganggotai tentera Amerika. Apabila dia mendapat khabar bahawa ramai tawanan yang terdiri daripada juruterbang tentera udara Amerika telah dilindungi oleh kumpulan pemberontak di Yugoslavia, Vujnovich kembali ke tanah air keluarganya. Dia pergi ke hutan menggunakan payung terjun untuk mencari semua juruterbang yang lain. Setelah menjumpai mereka, dia membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil dan mengajar mereka cara untuk bergaul dengan orang Serbia (memakai pakaian dan makan makanan Serbia). Kemudian selama berbulan-bulan, dia membawa setiap kumpulan kecil satu demi satu untuk berjalan kaki ke pesawat angkut C-47 yang terletak di landasan pendaratan yang dibuat mereka di hutan. Vujnovich berjaya menyelamatkan 512 juruterbang yang sangat gembira atas operasi ini.

Daud menggambarkan kegembiraan apabila diselamatkan oleh Tuhan daripada musuh-musuh yang telah mengepungnya dan tiada jalan keluar untuk melepaskan diri. Tuhan “menghulurkan tangan-Nya, Dia memegang aku,” kata Daud, “lalu menarik aku keluar dari air yang dalam” (2 Samuel 22:17). Raja Saul yang marah kerana cemburu, memburu Daud dan mahu membunuhnya. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan yang lain. “Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat, … mereka terlalu kuat bagiku,” kata Daud (ayat 18).

Tuhan menyelamatkan Daud daripada Saul. Dia menyelamatkan orang Israel dari Mesir. Melalui Yesus, Tuhan datang untuk menyelamatkan setiap kita. Yesus menyelamatkan kita daripada dosa, kejahatan dan kematian. Dia lebih berkuasa daripada setiap musuh yang kuat.