Dalam puisi Rest (Rehat), penyair secara lembut mencabar kecenderungan kita untuk memisahkan masa “lapang” daripada masa “kerja” dengan bertanya, “Bukankah masa lapang sebenar / Hasil daripada kerja sebenar?” Sekiranya anda ingin mengalami masa lapang yang bermakna, dan bukannya cuba untuk mengelakkan tugas hidup, penulis menggesa kita, “Masih melakukan yang terbaik; Gunakannya, jangan sia-siakan,— / jika tidak ini bukanlah rehat. / Lihatlah keindahannya / Dekat denganmu? Di sekitarmu? / Hanya dengan kerja / Anda peroleh semuanya.”

Penyair menyimpulkan bahawa rehat dan sukacita sejati dapat ditemui melalui kasih dan pelayanan—idea yang mengingatkan saya kepada dorongan Paulus kepada orang-orang Tesalonika. Setelah memberi gambaran panggilan hidupnya untuk memberi semangat kepada orang percaya “supaya hidup sedemikian rupa sehingga menyenangkan hati Allah” (1 Tesalonika 2:12), rasul memberikan maklumat terperinci.

Gambaran hidup yang dituliskannya merangkumi integriti, kasih, dan pelayanan yang tenang. Paulus berdoa agar Tuhan menyebabkan “kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang” (3:12). Dia juga menggesa orang-orang yang beriman kepada Yesus untuk “berusahalah hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah nafkah sendiri” (4:11). Keindahan hidup dalam iman didedahkan kepada orang lain apabila kita menjalani kehidupan seperti itu, secara senyap-senyap mengasihi dan melayani dalam apa jua kapasiti yang diberikan Tuhan kepada kita (ayat 12).

Atau, seperti yang dikatakan oleh penulis, sukacita sejati adalah “mengasihi dan melayani / Yang tertinggi dan terbaik; / Ke depan! Tidak berubah— / Itulah rehat yang sebenar.”