Doktor memberi diagnosis bahawa Solomon yang berusia 4 tahun telah menghidapi distrofi otot Duchenne, satu penyakit yang menyebabkan kemerosotan otot. Setahun kemudian, para doktor membincangkan dengan keluarganya bahawa Solomon perlu duduk kerusi roda. Tetapi Solomon membantah keran dia tidak ingin menggunakan kerusi roda. Keluarga dan rakan-rakan berdoa dan mengumpul dana untuk mendapatkan anjing perkhidmatan yang terlatih agar Solomon boleh melengahkan penggunaan kerusi roda selama yang mungkin. Tails for Life merupakan sebuah organisasi yang melatih Callie, anjing perkhidmatan saya dan sedang mempersiapkan anjing yang bernama Waffles untuk melayani Solomon.

Meskipun terkadang Solomon harus menjalani rawatan yang sukar, dia sering bernyanyi secara tiba-tiba untuk memuji Tuhan. Pada hari-hari seperti itu, Solomon memeluk ibunya dan berkata, “Aku gembira sebab tak ada Duchenne di syurga.”

Kemerosotan kesihatan disebabkan penyakit mempengaruhi semua orang . Namun, seperti Solomon, kita memiliki harapan yang berkekalan dan dapat menguatkan azam kita pada hari-hari sukar yang tidak dapat dielakkan. Tuhan memberi kita janji bahawa akan ada “langit baru dan bumi baru” (Wahyu 21:1). Pencipta dan Penyokong kita akan “hidup” bersama-sama kita dengan membuat rumah-Nya bersama kita (ayat 3). Dia akan “menyapu air mata” mereka. “Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan” (ayat 4). Apabila penantian terasa seperti “terlalu susah” atau “terlalu lama,” kita boleh berasa damai kerana janji Tuhan pasti akan digenapi.