Saya masih sangat muda ketika saya mengintip melalui tingkap nurseri hospital dan melihat bayi yang baru lahir buat pertama kalinya. Oleh sebab saya masih kecil, saya terkejut ketika melihat seorang anak kecil yang berkerut dengan kepala tanpa rambut dan berbentuk kon. Bagaimanapun, ibu bayi yang berdiri berdekatan dengan kami tidak berhenti untuk bertanya kepada semua orang, “Cantik kan, anak saya?” Saya teringat saya pernah menonton sebuah video bahawa seorang ayah dengan lembut menyanyikan lagu, “You Are So Beautiful” (Kamu Sungguh Cantik) kepada bayi perempuannya. Bagi ayahnya, anak kecil itu adalah hal terindah yang pernah dicipta.

Adakah Tuhan juga menganggap kita cantik? Efesus 2:10 mengatakan bahawa kita adalah “ciptaan”-Nya—karya agung-Nya. Kita mungkin berasa susah untuk menerima bahawa Dia sangat mengasihi kita atau mempercayai bahawa kita sentiasa bernilai di mata-Nya. Tetapi Tuhan tidak mengasihi kita kerana kita layak untuk mendapat kasih-Nya (ayat 3-4); Dia mengasihi kita kerana Dia itu kasih (1 Yohanes 4:8). Kasih Tuhan adalah salah satu rahmat, dan Dia menunjukkan kedalaman kasih-Nya melalui pengorbanan Yesus, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Dia apabila kita mati secara rohani kerana dosa kita (Efesus 2:5,8)

Kasih Tuhan tidak berubah-ubah. Ia berterusan. Dia mengasihi yang tidak sempurna, patah hati, mereka yang lemah dan mereka yang membuat kesilapan. Ketika kita jatuh, Dia ada di sana untuk mengangkat kita. Kita adalah harta-Nya, dan kita begitu indah bagi-Nya.