“Sepanjang zaman ramai orang sanggup menentang pemerintah yang paling berkuasa dan enggan bersujud di depan mereka,” kata Hannah Arendt (1906-75), seorang ahli falsafah dan penulis. Dia menambah, “Tetapi hanya ada sedikit orang sanggup tersisih daripada orang ramai, berhadapan hasutan orang ramai dengan seorang diri, berdepan dengan kegilaan para perusuh yang meluap-luap tanpa sebarang senjata.” Sebagai seorang Yahudi, Arendt menyaksikan kejadian ini secara langsung berlaku di tanah airnya, Jerman. Ia adalah sesuatu yang sangat menakutkan apabila ditolak oleh suatu kumpulan.

Rasul Paulus juga mengalami penolakan yang serupa. Dia dilatih sebagai seorang Farisi dan rabbi, namun kehidupannya menjadi tunggang balik apabila dia berhadapan dengan Yesus yang telah bangkit daripada kematian. Paulus telah pergi ke Damsyik untuk menangkap orang yang percaya kepada Kristus (Kisah Para Rasul 9). Selepas dia menjadi orang percaya, rasul menyedari dirinya dinafikan oleh bangsanya sendiri. Dalam suratnya yang diketahui sebagai 2 Korintus, Paulus mengenang beberapa kesusahan yang dilaluinya di tangan mereka, antaranya adalah “sebatan” dan “pemenjaraan” (6:5).

Selain bertindak balas terhadap penafian sebegini dengan kemarahan atau kepahitan, Paulus amat ingin mereka juga datang mengenali Yesus. Dia menulis “Saya teramat sedih dan gundah dalam hatiku. Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku” (Roma 9:2-3).

Sepertimana Tuhan telah menerima kita ke dalam keluarga-Nya, Dia juga memampukan kita untuk menjemput musuh kita mempunyai hubungan dengan-Nya.