Adakah anda sedang mencari Hadiah Krismas yang Terbaik?

Tatal ke bawah untuk meneruskan

Berikan Sesuatu yang akan Berkekalan

Pada musim Krismas ini, beri orang kesayangan anda sesuatu yang dapat mengubah kehidupan mereka. Beritahulah rakan-rakan anda cara mereka boleh mendapat persahabatan, pengharapan, penghiburan, keyakinan dan kedamaian yang sebenar. Kongsilah Berita Baik kepada mereka.

Beritahu mereka mengenai Yesus yang dilahirkan agar kita dapat hidup.
Tunjukkanlah mereka Kristus yang mati pada kayu salib bagi dosa kita.
Kongsilah kepada mereka bahawa Yesus Kristus yang telah bangkit, membawa kita kepada Tuhan Bapa.

Pada hari Krismas ini, berikan hadiah Krismas yang terbaik: Berita Baik mengenai hidup kekal.

Betapa baiknya melihat kedatangan utusan, dia datang melintasi pergunungan, dan membawa berita baik, berita kedamaian!—Yesaya 52:7

Hadiah Tuhan untuk Sedunia

Tuhan datang ke dunia ini dalam rupa manusia. Betapa ajaibnya hadiah ini!

Pada hakikatnya, Dia adalah anugerah rahmat yang sempurna. Dua perkara menjadikan hadiah ini begitu ajaib: Ia benar-benar adalah percuma, dan tersedia untuk semua orang. Yesus tidak datang untuk menyelamatkan sekumpulan orang yang tertentu pada masa yang spesifik. Dia datang untuk semua orang pada setiap zaman.

Tanpa sebarang syarat atau ikatan, anda hanya perlu mempercayai-Nya.

Fahamilah lebih lanjut mengenai hadiah Tuhan ini untuk sedunia apabila anda membaca “10 bacaan renungan Krismas” daripada Our Daily Bread.