Penulis

Lihat semua
Alyson Kieda

Alyson Kieda

Alyson Kieda merupakan editor bagi Our Daily Bread Ministries lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman sebagai editor selama 35 tahun. Alyson suka mengarang sejak dia seorang kanak-kanak dan berasa seronok untuk menulis bagi Our Daily Bread. Dia mempunyai tiga orang anak yang sudah dewasa dan cucu-cucu yang semakin bertambah. Alyson suka membaca, bersiar-siar di hutan dan menemani keluarganya. Dia berasa bahagia kerana dia dapat mengikut jejak ibunya yang telah menulis banyak artikel untuk bahan renungan lain bertahun-tahun yang lalu.

Artikel oleh Alyson Kieda

Tiada Formula Diperlukan

Ketika Jen masih muda, guru sekolah Minggunya memberi latihan penginjilan kepada kelas, termasuklah menghafal ayat dan kaedah memberitakan Injil. Dia dan seorang rakannya dengan gementar cuba berkongsi Injil kepada seorang rakan lain, mereka takut jika mereka akan melupakan ayat atau langkah yang penting. Jen tidak ingat jika ada orang percaya kepada Tuhan pada malam itu, tetapi hal itu tidak terjadi. Pendekatan tersebut nampaknya lebih mementingkan kaedah penginjilan, dan bukan orang yang diinjili.

Jangan Sekali Berkata “Tidak Boleh”

Jen dilahirkan tanpa kaki dan dibiarkan di hospital. Tetapi dia berkata bahawa ini merupakan satu berkat bagi dia yang menjadi anak angkat. “Aku masih hidup disebabkan ramai orang yang menyokong saya.” Keluarga angkatnya membantu dia melihat bahawa “ada sebabnya dia dilahirkan seperti ini.” Sepanjang masa mereka membesarkannya, Jen diajar supaya tidak berkata ‘tidak boleh’ dan memberikan sokongan penuh dalam segala usahanya, termasuk menjadi akrobat yang melakukan pertunjukan di udara! Dia menghadap cabaran dengan sikap “Bagaimanakah aku boleh menangani hal ini?” dan memotivasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Kegelapan dan Cahaya

Semasa duduk di bilik mahkamah, saya menyaksikan beberapa contoh kehancuran di dunia ini: hubungan renggang antara seorang anak perempuan dan ibunya; suami isteri yang tidak lagi saling mengasihi dan kini hanya menderita kepahitan; seorang suami yang rindu untuk berdamai dengan isterinya dan hidup bersama dengan anak-anaknya. Mereka sangat memerlukan perubahan hati, agar luka-luka disembuhkan dan kasih Tuhan untuk mengatasi segalanya.

Pahlawan yang Gagah

Diet Eman ialah seorang wanita muda yang biasa, pemalu, dan menetap di Belanda. Dia mempunyai teman lelaki, kerjaya, dan menikmati waktu bersama dengan keluarga dan rakan-rakannya, ketika tentera Jerman menyerang pada tahun 1940. Diet (disebut sebagai Deet) kemudian menulis, “Apabila berlakunya bahaya di depan pintu rumah, kamu akan terasa bertindak seperti burung unta yang membenamkan kepalanya dalam pasir.” Tetapi Diet berasa Tuhan memanggilnya untuk menentang penindasan tentera Jerman. Ini bermaksud dia perlu mempertaruhkan nyawanya untuk mencari tempat persembunyian bagi orang Yahudi dan orang lain. Wanita muda yang biasa ini menjadi pejuang bagi Tuhan.

PANGGILAN BAHARU

Casey, seorang ketua geng remaja dan pengikutnya telah memecah masuk rumah dan kereta, merompak kedai runcit serta bertempur dengan geng lain. Akhirnya Casey ditahan dan dijatuhi hukuman. Di penjara, dia menjadi ketua yang mengagihkan pisau buatan sendiri semasa rusuhan.

Dibawa Melewati Angin Ribut

Semasa pelayaran pertama Alexander Duff, mubaligh berbangsa Scotland ini pergi ke India pada tahun 1830, kapalnya karam dalam ribut di pinggir pantai Afrika Selatan. Dia dan penumpang-penumpang lain berjaya sampai ke sebuah pulau kecil yang terbiar dan tidak lama kemudian, salah seorang anak kapal menjumpai salinan Alkitab milik Duff yang tersadai di pantai. Sesudah Alkitab itu kering, Duff membacakan Mazmur 107 kepada rakan-rakannya yang masih hidup dan mereka memperoleh keberanian. Kemudian mereka diselamatkan walaupun kapal tersebut ditimpa nahas sekali lagi, akhirnya Duff tiba di India.

Bertumbuh Dalam Rahmat Tuhan 

Pengkhutbah Inggeris Charles H. Spurgeon (1834-1892) hidup “dengan seluruh jiwa raganya”. Dia menjadi pastor pada usia 19 tahun dan tidak lama kemudian berkhutbah kepada orang ramai. Dia telah menyunting kesemua khutbahnya yang akhirnya memenuhi 63 jilid, dan menulis banyak ulasan Alkitab, buku tentang doa serta karya-karya lain. Dia juga lazimnya membaca 6 buah buku setiap minggu! Dalam salah satu khutbahnya, Spurgeon berkata, “Orang yang tidak berbuat apa-apa dianggap melakukan dosa yang terbesar, kerana ia akan mewujudkan dosa-dosa lain … Kemalasan sungguh mengerikan! Kiranya Tuhan menyelamatkan kita daripadanya!”

Keberanian dalam Api

Ketika dua ahli bomba yang kepenatan dan diselaputi jelaga berhenti di sebuah restoran untuk bersarapan pagi, seorang pelayan wanita menyedari bahawa mereka adalah orang yang disiarkan dalam berita dan telah berusaha keras memadam api kebakaran di sebuah gudang sepanjang malam. Untuk menyatakan penghargaan, dia menuliskan nota ini pada bil mereka, “Biar saya belanja kamu berdua pagi ini. Terima kasih atas perkhidmatan anda dan pergi ke tempat kebakaran yang semua orang melarikan diri … Kamu memang teladan yang hebat kerana menonjolkan semangat dan keberanian yang luar biasa.”

Tuhan Menghibur Kita

Ketika seekor anak kucing yang bernama Radamenes sakit tenat, kucing itu ditinggalkan di pusat perlindungan haiwan. Anak kucing tersebut dirawat sehingga sihat lalu dipelihara oleh doktor haiwan itu. Kemudian, Radamenes pun menjadi penghuni sepenuh masa di pusat perlindungan itu dan sekarang meluangkan masa untuk “menghiburkan” kucing-kucing dan anjing-anjing lain yang baru menjalani pembedahan atau sedang beransur pulih daripada penyakit—melalui kehadiran yang mesra dan bunyi ngiau yang lembut.