Bolehkah Kita Benar-Benar Mempercayai Alkitab?

Dalam dunia moden kita, ramai orang yakin bahawa Alkitab hanyalah sekadar buku kuno yang mengarut. Tulisan keagamaannya tidak berdasarkan fakta atau realiti, dan Alkitab hanya dibaca oleh segolongan kecil orang beragama yang mahu merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain. Ia cuma gabungan mitos, cerita dongeng dan kisah kanak-kanak, semua diubahsuai mengikut peredaran zaman. Ia tidak relevan, membosankan dan sangat tidak tepat. Mungkin anda pernah mendengar orang lain merendah-rendahkan Alkitab dengan kata-kata seperti ini:

• Alkitab tidak tepat dari segi sejarah.
• Tidak ada penulis lain dalam sejarah yang menyokong kisah-kisah Alkitab.
• Sains menjadikan mukjizat-mukjizat dalam Alkitab mustahil untuk dipercayai.
Jika semua kenyataan ini betul, bagaimanakah kita dapat menerima Alkitab secara serius? Sudah tentu ia tidak boleh diharap? Kemungkinan ia juga berbahaya! Oleh demikian, apakah kebenaran yang sebenar? Apakah bukti yang dapat menyokong Alkitab sebagai buku yang tepat dan boleh dipercayai?