Keyakinan Penyelamatan

Mungkinkah anda tahu bahawa dosa anda telah diampuni? Adakah anda pasti bahawa anda akan pergi ke syurga? Bagaimanakah hal ketakutan terhadap penghakiman Tuhan dan kemungkinan pergi ke neraka? Bolehkah anda mengerti tanpa ragu-ragu bahawa Tuhan telah menyelamatkan anda daripada kesan kekal yang disebabkan oleh dosa?

Oleh itu, bekas editor urusan kami, Kurt De Haan menjawab soalan-soalan seperti ini berdasarkan Alkitab. Dan tumpuan utama dalam kajian ini adalah berdasarkan surat pertama rasul Yohanes, yang menyebut tentang keyakinan penyelamatan. Kami berdoa semasa anda membaca buku ini, anda akan menemui jawapan yang anda perlu.  —Martin R. De Haan II