Mengapakah Tuhan yang Baik Mengizinkan Penderitaan

Empat ribu tahun lalu, seorang mangsa yang mengalami masalah peribadi, keluarga dan kewangan telah berseru, “Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri?” (Ayub 10:2-3). Soalan ini masih ditanya pada hari ini. “Adakah Tuhan membenci aku? Itulah sebabnya Dia membenarkan aku menderita? Mengapa aku dan bukan orang lain?”

Buku ini menunjukkan bahawa walaupun syurga tidak semestinya menjawab segala soalan kita, ia memberi kita segala jawapan yang kita perlukan supaya terus percaya dan mengasihi Tuhan, yang memanggil kita mendekati-Nya semasa kita mengalami penderitaan.