The Da Vinci Code: Memisahkan Fakta daripada Cerita Rekaan

Setelah The Da Vinci Code karangan Dan Brown diterbitkan pada Mac 2003, ia segera tersenarai dalam buku terlaris The New York Times. Setahun kemudian, buku ini diisytiharkan sebagai buku terlaris di 100 buah negara, sementara Doubleday, penerbit buku itu menyebutnya sebagai “novel yang paling banyak dijual.”

Mengapa buku ini sangat diminati? Penulisnya mendakwa berjaya memberi suatu teori fiksyen mengenai persubahatan berdasarkan fakta dan mengandaikan bahawa “bukti saintifik menunjukkan bahawa Perjanjian Baru itu adalah kesaksian palsu” (hal. 341).

Oleh sebab gabungan “bacaan yang baik” dan sejarah yang buruk tidak berbaloi dibela dengan bermati-matian, maka kami telah meminta editor penyelidik RBC, Dennis Fisher, untuk membantu kami mengasingkan fakta daripada cerita rekaan.

-Martin R. De Haan II