Maksud Krismas yang sebenar adalah Yesus turun dari syurga yang mulia untuk menjadi manusia, menanggung segalanya yang dilemparkan ke atas-Nya oleh orang di dunia ini yang hancur, kemudian menanggung akibat bagi segala kesalahan yang dilakukan oleh manusia.

Maksud Krismas yang sebenar adalah kerana Yesus datang untuk menyelamatkan manusia daripada dosa mereka, supaya mereka yang percaya kepada Dia boleh berbaik semula dengan Tuhan. Kita boleh menikmati persahabatan yang benar-benar hidup, bermakna dan mesra dengan Dia, menjalani kehidupan yang kekal dengan Dia di syurga. Inilah hadiah yang kita harus bersukacita!

Mungkin inilah kali pertama anda menyedari bahawa hubungan anda dengan Tuhan yang putus dan perkara-perkara luar biasa yang telah dilakukan-Nya, dan anda betul-betul menginginkan satu hubungan yang penuh kasih dengan Dia.

Dalam semua hubungan yang putus, pemulihan berlaku apabila kita mengakui kesalahan yang kita telah lakukan, dan mengatakan “Maafkan saya” secara ikhlas. Sekiranya kita menginginkan hubungan yang pulih dengan Tuhan, kita perlu memberitahu Dia bahawa kita berasa sesal akan pilihan yang salah dan betapa syukurnya kerana segala-galanya yang telah dilakukan-Nya untuk menyatakan kasih-Nya terhadap kita. Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh menggunakan perkataan anda sendiri atau berdoa seperti ini:

Tuhan yang dikasihi,

Aku berasa amat kesal kerana cuba membina kehidupan aku tanpa Engkau, Pencipta aku. Terima kasih kerana Engkau mengasihi aku seadanya. Terima kasih kerana Engkau mengutus Yesus untuk memberikan nyawa-Nya akibat segala dosa manusia dan membina hubungan yang intim dengan aku. Sekarang tolonglah bantu aku menjalinkan hubungan yang baru dengan Engkau mulai hari ini.

Bagi setiap individu yang mencari kebenaran Tuhan, satu perjalanan baru bermula. Inilah langkah pertama dalam perjalanan yang berterusan. Kita tahu bahawa kehidupan merangkumi masalah. Kita terus mempunyai pergelutan, tetapi berjalan bersama Tuhan bermaksud kita tidak bersendirian atau dilupakan. Tuhan membantu, membimbing dan memberikan rahmat sepanjang kehidupan kita. Setiap kita yang mempunyai hubungan dengan Dia berubah menjadi orang baru—tidak sempurna melainkan orang yang diampuni dan diberikan pengharapan setiap hari.

Untuk membaca lebih banyak bagaimana Tuhan mengasihi kita melalui Yesus Kristus dalam Alkitab, bacalah bahan-bahan alkitabiah daripada Our Daily Bread Ministries yang akan membantu anda merenung dan mengejarkan kehidupan baru dalam-Nya. Sekiranya anda ingin mendapat bahan-bahan ini, anda boleh menghubungi pusat sumber kami yang terdekat atau melayari pedomanharian.org untuk mendapat lebih banyak dorongan.