Sebab Utama

Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal. -1 Yohanes 4:9

Yesus membetulkan konsep saya yang keliru terhadap Tuhan. Dia mendedahkan seorang Tuhan yang datang untuk mencari kita, Tuhan yang memulihkan kebebasan kita, dan selain daripada semua ini Tuhan merupakan Tuhan yang penuh kasih.

Mereka yang dibesarkan dalam tradisi Kristian mungkin terlepas mesej Yesus yang mengejutkan ini, namun kasih seperti ini jarang digunakan untuk menggambarkan perhubungan antara manusia dan tuhan-tuhan mereka. Aristotle menyatakan dengan terus-terang, “Sesiapa yang mengatakan bahawa dia mengasihi Zeus adalah aneh”—demikianlah juga jika Zeus mengasihi seseorang. Secara kontrasnya, Alkitab Kristian menyebut bahawa kasih ialah sebab utama Yesus datang ke dunia ini: “Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal … supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal” (1 Yohanes 4:9).

Saya mengingat bahawa duduk di lapangan terbang sambil menunggu penerbangan. Saya sedang menulis sebuah buku Disappointment with God (Kekecewaan Terhadap Tuhan) pada masa itu dan berasa terbeban kerana kesengsaraan, keraguan, dan doa-doa orang lain yang tidak terjawab.

Kawan saya Karen secara kebetulan ingin pergi menghadiri konferensi yang sama. Dia mendengarkan saya secara senyap dalam masa yang agak panjang, dan tiba-tiba menanyakan saya satu soalan. “Philip, pernahkah anda menikmati kasih Tuhan? Ini memang penting, saya berfikir.”

Saya menyedari bahawa saya telah terlepas mesej iman Kristian yang paling penting. Cerita Yesus adalah cerita kasih. Ya, ia mengandungi kisah-kisah kesakitan dan kekecewaan. Namun Yesus menggenap janji Tuhan yang akan berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk mendamaikan keluarga-Nya semula. PHILIP YANCEY


Kasih dinyatakan apabila Tuhan menjadi manusia. WALVOORD

BACAAN HARI INI: 1 Yohanes 4:1–9

1 Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat. 2 Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah. 3 Tetapi sesiapa menafikan hal ini tentang Yesus, orang itu tidak mempunyai Roh Allah. Orang itu mempunyai roh daripada Musuh Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan datang, dan sekarang roh itu sudah di dunia ini. 4 Tetapi anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu sudah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, kerana Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini. 5 Nabi-nabi palsu itu berkata-kata tentang perkara-perkara dunia, dan orang dunia ini mendengar kata-kata mereka, kerana mereka milik dunia ini. 6 Tetapi kita milik Allah. Sesiapa yang mengenal Allah, mendengar kata-kata kita. Sesiapa yang bukan milik Allah, tidak mahu mendengar kata-kata kita. Itulah caranya kita dapat membezakan Roh yang memberikan ajaran benar, dengan roh yang menyesatkan orang. 7 Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. 8 Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. 9 Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal.