Tuhan yang Melihat

 

Kejadian 16:13-14 ; 21:14-20

 

Hagar bertanya dalam hati, “Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?” Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu “Allah Yang Melihat” (Kejadian 16:13).

 

Hagar berada dalam situasi yang sukar: dihalau dari rumah Abraham yang selesa, terpaksa berpisah dengan orang yang penting dan disayangi olehnya. Dahulunya Hagar menjalani hidup yang agak selesa bersama Abraham, kini dia menjadi orang pelarian tanpa arah tujuan. Seakan-akan tiada masa depan. Hagar terkandas di padang gurun tanpa pertolongan.

 

Hagar mengalami keputusasaan. Tetapi apabila dia menyerahkan masalahnya kepada Tuhan, barulah Hagar memahami bahawa Tuhan sedang melihat dia. Tuhan sedang menjaga dia, bahkan ada masa depan yang tersedia baginya.

 

Tuhan itu baik, Dia sedang melihat, bahkan dengan penuh perhatian terhadap anda dan saya.

Hanya apabila Hagar menyedari siapa dirinya dan mengakui kedaulatan Tuhan sambil berseru, maka dia Tuhan yang melihatnya.

Dalam situasi Hagar, selagi dia memandang rendah terhadap Sara (pemilik perjanjian Tuhan bersama Abraham) dan tidak mengakui kedudukannya sebagai hamba, Hagar tidak akan melihat kebaikan Tuhan. Hanya apabila Hagar menyedari siapa dirinya dan mengakui kedaulatan Tuhan sambil berseru, maka dia melihat Tuhan yang melihatnya.

 

Dalam Kejadian 21:14-20, Hagar dan Ismael telah dihalau oleh Abraham. Mereka mengembara di padang gurun Bersyeba dan kehabisan bekalan air. Hagar duduk menangis dengan nyaring dalam keputusasaan, meninggalkan Ismael yang sedang menangis bertarung nyawa oleh rasa haus di suatu belukar. Hagar pergi menjauhkan dirinya daripada Ismael kerana tidak sanggup melihat Ismael mati kehausan.

 

Tuhan mendengar tangisan Ismael dan Hagar. Tuhan berbelas kasihan dan membuat mata Hagar terbuka melihat sebuah perigi lalu mengisi kirbatnya dengan air. Hagar kembali kepada Ismael dan memberikan minuman kepadanya. Pertolongan Tuhan membuatkan mereka dapat terus hidup.

 

Adakah selama ini perigi itu tidak ada di situ sehingga Hagar tidak melihat perigi itu? Sebenarnya, keputusasaan telah membuat Hagar tidak melihat perigi tersebut.

 

Keputusasaan yang disebabkan oleh banyak persoalan dan kesukaran telah membuatkan kita tidak melihat jalan keluar dan kebaikan Tuhan. Walaupun Hagar dan Ismael tidak lagi kembali hidup bersama dengan Abraham, namun mereka telah melihat kebaikan Tuhan di jalan yang baru bagi mereka. Demikian juga bagi kita yang mungkin akan menempuh perjalanan yang kita tidak pernah lalui sebelumnya (sebelum pandemik COVID-19), tetapi pimpinan dan penyertaan Tuhan itu tetap ada. Kehidupan kita mungkin tidak lagi sama sebelum dan selepas pandemik, namun Tuhan sedang melihat. Kebaikan-Nya itu nyata selagi kita mengakui kedaulatan Tuhan atas kehidupan kita.

 

Seperti Hagar yang mengalami kehancuran dan keputusasaan, pengikut Kristus juga mengalami perkara yang sama Yesus mati disalibkan. Apabila Yesus mati pada kayu salib, dunia pengikut-Nya seakan-akan hancur dan

Apabila Yesus mati pada kayu salib, dunia pengikut-Nya seakan-akan hancur dan berasa kehilangan yang teramat sangat. Namun, sebenarnya rancangan Tuhan terlaksana di sebalik kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

berasa kehilangan yang teramat sangat. Namun, sebenarnya rancangan Tuhan terlaksana di sebalik kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Yesus mati pada kayu salib untuk memikul hukuman dosa. Seorang yang tidak berdosa namun harus mati bagi menebus manusia daripada dosa. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dan difahami oleh manusia, namun Tuhan melihat dan melaksanakan rancangan penebusan-Nya melalui Yesus Kristus.

 

Walaupun banyak ketidakpastian dalam perjalanan yang agak baru bagi kita,

Bahkan Yesus Kristus yang telah mati bagi kita sudah menyediakan masa depan yang lebih cerah, lebih daripada yang dapat kita bayangkan.

yang kadang-kadang membimbang dan menakutkan kita, ketahuilah bahawa ini bukan penghujung perjalanan hidup bagi kita. Tuhan yang melihat Hagar dan Ismael adalah Tuhan yang sama akan melihat kita. Bahkan Yesus Kristus yang telah mati bagi kita sudah menyediakan masa depan yang lebih cerah, lebih daripada yang dapat kita bayangkan. Mari mengakui kedaulatan Tuhan dalam kehidupan kita dan meletakkan harapan pada Yesus Kristus.

 


Tentang penulis
Pastor Juakim Digi pernah melayani sebagai penginjil pada tahun 1986-1987 dan melayani sebagai pastor sidang (SIB) sejak tahun 1989 sehingga kini. Dia sudah berkahwin dengan pastor Domoi@Helda Giot dan dikurniakan 3 orang anak.
 

 

read_more