Dia tidak takut menerima berita buruk; hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN. Dia tidak khuatir ataupun takut kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan (Mazmur 112:7- 8).


Pandemik COVID-19 yang menular secara tiba-tiba di seluruh dunia telah mengubah kehidupan dan kebiasaan orang tanpa disangka-sangka. Namun orang percaya yang memiliki keyakinan dalam Tuhan tidak akan mudah mengalah apabila mereka menerima berita buruk kerana mereka tahu bahawa Tuhan berkuasa.


Pandanglah Yesus, memilih berharap kepada Dia, Dia akan memberi ketenangan kepada kita. Yesus ialah ketenangan di tengah-tengah kekacauan.